Wednesday, September 4, 2013

Isi Hati


Kadang-kadang apa yang kita nak tak selalunya kita dapat. One-sided-love. Ye, ini soal cinta. Normal lah umur remaja macam sekarang nie apa yang kita nak adalah cinta dan perhatian daripada seseorang yang kita sayang. Kasih sayang daripada seseorang. Tempat bermanja. Tapi apa yang aku nampak sekarang, kosong. Hati aku kosong. Yang ada cuma benci.

Kadang-kadang terasa dunia ni tak adil. Apa yang kita impikan semuanya tak tercapai. Sebab ianya mustahil. Apa yang kita angan-angankan selama ni, sia-sia. Orang cakap, jika mahu impian tu tercapai, mulakan dengan mimpi dan angan-angan. Aku mampu mengeluh dalam hati. Mungkin benar bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi aku.

Kadang-kadang terasa diri ni kotor. Kotor dengan dosa-dosa yang lalu. Yang selalu menghantui aku, yang selalu mengundang perasaan betapa hinanya diri ini. Terasa diri ini tidak layak disayangi dan didampingi. Walaupun berkali cuba untuk buang perasaan tu, ye, manusia semua pernah melakukan kesilapan dan dosa, tapi hati ni masih tak mampu memaafkan diri.

Kadang-kadang terasa diri ini disisihkan. Aku tak punya sesiapa dalam dunia nie. Aku tak ada tempat untuk mengadu segala masalah yang melanda hati aku. Ye, aku tak seperti mereka, yang selalu mendapat pujian, yang selalu mendapat perhatian. Aku hanya mampu simpan perasaan dan melihat dari jauh, memandang iri hati. Dan kadang-kadang pedihnya mampu membuat aku menangis.

Kadang-kadang tertanya di dalam hati, apekah mereka ikhlas berkawan dengan aku? Sebagai kawan, mungkin tidak perlu aku meragui perkara sebegitu, tetapi hati ini sering tertanya sendiri. Aku bukan sesiapa, yang boleh kau banggakan sebagai teman. Tapi aku tidak cukup kuat untuk berdiri di dunia ini tanpa insan yang digelar sahabat.

Kadang-kadang terasa diri ini tidak layak hidup di muka bumi ini. Berkali cuba mengingatkan diri ini, bersyukur, kerana masih mampu bernafas. Ya Allah, apekah perasaan ini? Jangan biarkan aku terus hanyut sehingga melupakanMu disebabkan perasaan-perasaan bodoh yang sering membelenggu ini.

Terasa kekosongan. 




Yang benar,

Isi Hati.





No comments:

Post a Comment