So, masa bulan Januari yang lepas bff aku si Nana tu ajak aku apply untuk mohon kursus SPAKK. Konon nak jadi cikgu tabika lahh. Memang setiap awal tahun KEMAS memang ada buka permohonan so kepada yang berminat like jelah page KEMAS untuk info-info terbaru mengenai jawatan kosong ye.
Pada bulan Mac aku dapat invitation letter untuk menghadiri interview tersebut (tapi Nana tak dapat). Interview ni bukan untuk terus jadi cikgu tabika ye. Interview ini hanya untuk melayakkan kita menghadiri kursus pendidikan awal kanak-kanak selama 3 bulan dan sekaligus akan membuka ruang untuk menjadi cikgu tabika KEMAS.
So meh la aku cerita serba sedikit mengenai proses temuduga tu walaupun aku sebenarnye takde hati dah nak tulis pasal benda ni. Tapi takpelah, aku yakin pada masa akan datang jika ada calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga ini, for sure dia akan google kan soalan-soalan yang bakal ditanya. So berterima kasihlah korang pada aku sebab share pengalaman aku ni. Huhu. Dan aku pun ada google jugak pengalaman orang-orang yang pernah hadir ke temuduga ini dan corak soalan lebih kurang sama setiap tahun. Maybe random juga soalan yang diberi.
So pagi tu semasa pendaftaran korang akan ditimbang berat dan tinggi. Kat sini aku tak puas hati sebab abang tu ukur tinggi aku 155 cm! Aku rasa something wrong dengan alat pengukur tu. Tinggi aku 159 cm kot. Tetibe aku jadi katik pulak. Hmmphh.Then berat aku pulak x2 kg (saje tutup pangkal number tu, korang tekalah sendiri haha) Berat aku naik 2 kilo woi!
Pagi tu aku telah diuji dengan ketidakpuasan hati terhadap ketinggian aku. Yelah, nanti effect kat BMI aku lah kan sebab KEMAS ada ambil kira jugak BMI tu. Then after done registration mak aku datang bersama kuih dan air milo. Dia suruh makan dulu sebab 1st session pagi tu ada ujian kecerdasan. Dan aku diuji lagi dengan sorang makcik ni yang duduk sekali dengan kitorang. Dia datang pun teman anak dia untuk interview. Dia tanya aku ngajar tadika mana sekarang. Aku pun jawablah yang aku takde mengajar. Makcik tu macam terkejut. Mak aku pun explain lah aku memang tak pernah mengajar/tak pernah jadi cikgu tabika. Dulu pun belajar course Banking & Finance. Makcik tu sungguh-sungguh pelik terhadap aku. Dia cakap "macam mana awak boleh dapat yeee...anak makcik tu memang dulu belajar bahagian pendidikan kanak-kanak kat kolej melaka, sekarang dia memang kerja jadi cikgu tadika swasta di Parit Raja...". Hmm time tu rasa macam nak sembur je air milo kat muka makcik tu. Aku pun start la bersyarah dengan hormatnya kat muka makcik tu
"Tak semestinya takde background childhood education tak boleh apply. Sebab kalau lulus interview ni akan masuk kursus 3 bulan untuk belajar semula. Even anak makcik ada belajar pasal tu 3 tahun, kalau lulus pun akan belajar semula. Ramai je yang takde background childhood edu dapat interview ni..."
Then aku malas nak layan makcik tu dan fokus makan. Dia siap eksyen dengan mak aku anak dia 6 orang semua dah kerja bagus dan sudah berkahwin. "Sekarang saya dok rumah jelah merasa duit anak-anak..." Menurut dia cuma tinggal anak bongsu dia tu jelah (yang datang interview tu) masih belum kahwin dan mencari kerja yang betul-betul bagus. Siap cakap "Anak-anak saya dulu lepas universiti Alhamdulillah la semua senang dapat kerja, lepastu kawen..awak kerja mana? Kilang ye?" Makcik tu tanya aku pulak. Aku pun angguk jelah malas nak layan. Mungkin ada cop kot kat dahi aku "PEKERJA KILANG" Dia boleh cakap depan aku dan mak aku anak-anak dia semua tak mahu kerja kilang. Semua kerja pejabat. Dia tak tahu ke aku pun kerja pejabat jugak walaupun position kerani jek kat kilang tu! Sah makcik ni jenis yang duduk kat ceruk kampung pedalaman, then jenis eksyen mulut kepohchi cerita kat satu kampung anak-anak keje bagus. Pagi-pagi dah buat mood aku spoil. Aku pesan kat mak aku jangan kawan dengan makcik tu. Pi lepak dengan makcik lain. Then aku pun terus berlalu untuk sesi Ujian Kecerdasan.
Ujian kecerdasan tu memerlukan kita untuk lari sejauh 2km. Ada tempat yang kena lari keliling padang. Tapi kat tempat aku interview tu kena lari atas track 200m secara ulang alik dalam masa 10 minit. Nasihat aku rileks-rileks sudah. Lari je ala kadar slow-slow macam jogging. Ini aku tengok dorang bersungguh masa start nak lari, siap pecut woi. Tertanya-tanya jugak aku ni interview untuk olahraga ke. Hmm. Aku yang berpunggung tebal ni jauh ketinggalan masa wisel ditiup. Aku simpan tenaga sikit, then masa dorang dah pancit tu aku masih lagi mampu berjogging. Alhamdulillah aku dapat lari ulang alik sebanyak 11 kali bersamaan 2.2km. Whoahh bangga hakakkk!!!
Then next session adalah Ujian Lisan. Kita akan masuk ke bilik interview 3 orang sekaligus. Perghh gugup dia macam nak pecah kerusi aku duduk tu akibat degupan jantung yang teramat ganas **Jantung engko kat punggung ke mynn??** Gigih aku study pasal KEMAS, korang tahu apa dia tanya?
1) Perkenalkan diri - Nama, umur, status, latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan. Terangkan secara ringkas je.
2) Bacakan doa masuk tandas - Dia aju soalan ni kat 1st candidate, dia tak dapat jawab then pass ke 2nd candidate. Masa tu aku dah nebess dan berdoa banyak-banyak hope 2nd candidate tu tahu so aku bolehla terlepas dari soalan tu. Malangnya dia pun tak tahu. Aku pun manalah ingat doa masuk tandas HAHAHA so aku jawab je jujur aku tak ingat. Tapi aku rasa soalan ni just untuk mukadimah je kottt. Untuk pemanasan or nak saiko sikit biar kasi kitorang stress.
3) Apa itu NKRA dan apa yang anda faham? - Guess what? Kitorang tiga orang semua tak dapat jawab HAHAHA. Aku bantai cakap ia sebuah badan kerajaan. Then aku senyap sebab no idea. Panel tu tanya "are you sure?" maka aku jawablah "NOT SURE...saya pernah dengar NKRA tu tapi tak tahu lah encikk.." whoahh polos gittew cara aku jawab. Jujur tak tahu.
4) Kenapa kerajaan perlu mengambil anda sebagai guru tabika? - Soalan ni senang je. Bantai jelah jawab aku seorang yang berdedikasi dan akan mencuba sehabis baik jika diberi peluang untuk mengikuti kursus tu.
Ni jelah yang dia tanya. Aku agak tidak berpuas hati la dengan sesi temuduga tu. Pasal KEMAS sikit pun dia takde tanya. Sedih gila bila keluar dari bilik interview tu kakak yang masuk sama dengan aku tu cakap "confirm tak dapat ni..". Whoahh sedihnya tuhan je yang tahuuu. Hanya mengharap kepada miracle je.
Ada jugak borak-borak dengan candidate lain bertanya tentang sesi diorang. Soalan apa yang ditanya, rupanya agak random. Tak semua orang dia tanya pasal NKRA tu. Hishh geram je aku. Banyak-banyak orang kenape lah engko tanya benda tu kat aku. Kat bawah ni list-list soalan yang diaju kepada candidate lain:
- Doa makan/doa selepas makan (bersama terjemahan), doa ibu bapa, tasbih kifarah, doa qunut, surah-surah lazim, etc. Sebab modul baru KEMAS ada modul pendidikan islam/fardu ain. So interview KEMAS kali ni more to Islamic lah. And then kalau korang baca doa-doa tu make sure berlagu ye. Jangan laju je macam keretapi.
- Mock teaching. Korang kena acah-acah mengajar kat 2 orang kawan korang tu. So bagilah kerjasama tak pun kalau engko jahat ko buat bodoh je tak payah bagi apa-apa reaksi kalau kawan korang tengah teaching HAHAHA
- Panel akan bagi buku cerita bahasa inggeris, korang dikehendaki buat story-telling. Trick untuk part ini, korang janganlah baca jee macam buat bedtime story tu. Korang ceritakan semula dalam bahasa melayu dan sampaikan dengan cara yang menarik. Anggap panel tu kanak-kanak ye.
- Nyanyikan lagu kanak-kanak yang berbahasa inggeris. Alahh semua orang tahu lagu twinkle twinkle little star tu kannn. Nyanyi jelah sambil goyang-goyang badan.
- Isu semasa. Elakkan cerita berkenaan politik. Aku dah prepare awal-awal masetu kalau dia tanya apa isu semasa, aku akan jawab berkenaan fenomena el nino.
- Soalan berkenaan pemerintahan DS Najib, panel cuma bertanya kita BERSETUJU atau TIDAK BERSETUJU. Senang je kann. Lepastu korang akan ditanya pula "berikan sebab kenapa anda bersetuju/tidak bersetuju" HAHAHAHA padan muka korang. Masaklahh nak menjawabbb
- Visi KEMAS. Kacang jeee. Nadi kepada pembangunan luar bandar.
- Apa pandangan anda berkenaan kes rasuah? Bagi pandangan saya, kes rasuah ni sampai bila-bila pun takkan pernah hilang. Alhamdulillah, pegawai-pegawai SPRM tu semua adelah kerja. Kalau tak dorang goyang kaki je makan gaji buta. Hiks!
Ni jelah antara soalan-soalan yang aku tahu dari candidate lain. Soalan memang random. So korang kena well prepare lah. Dibuatnya kena soalan yang korang tak tahu, berhuhuhu lahhh. Aku rasa memang aku tak lepas interview tu. Yelahh, dua soalan kot kantoi langsung tak dapat jawab. Pfftt. Takpelah, hadir temuduga sekadar untuk pengalaman.
P/s: Korang buatlah sehabis baik untuk interview ni, last-last yang akan dipilih calon yang ada kabel je dengan orang dalam. HAHAHAHA saje nak patahkan semangat korang kbai!
Mizz keju.awk dpt x gi kemas.sy iv kat kuantan 22 mac ritu.infom sy ya.saja nk tau.
ReplyDeletetak dapattttt. huhu. lagipun masa iv banyak kantoi soalan. takpelah, next time cuba lagi.
DeleteLol
ReplyDelete