WARNING. ENTRI INI SARAT DENGAN PERLBAGAI TIPS TRAVEL DAN GAMBAR SELFIE MENGADA DARI OWNER BLOG INI. JIKA ANDA BERANI AMBIL RISIKO SEPERTI MUNTAH-MUNTAH DAN CIRIT BERTERUSAN, SILALAH BACA. TERIMA KASIH.
Yay or Nay?
*above the cloud woohooo (joget-joget atas kapal)
*but firsttttt...(maaf muka macam markonah) bontot dah berasap duduk dalam flight for almost 4 hours
Opkos lah Yayyy sebab dah mendarat dengan selamat di Hongkong International Airport yang sangat besar luas gedabakk sampai kaki nak tercabut. Nak ke immigration check pon naik train khas kat airport dia. Train dia setiap 2 minit okay. Tak sempat nak kentut train dah sampai! Hehe :D Tapi nasib baik ada train, kalau tak adho, aku dah surrender. Nak balik KL semula!
*on the way nak ke immigration check
Masa nak ke immigration check, our arriving sekali dengan airline-airline yang lain. Orang-orang europe dan barat sangat ramai! Terasa macam bukan kat Hongkong. Macam kat London pulopp. Time tu lah mynn ambil kesempatan untuk menatap abam-abam mata biru, mencuci mata melihat badan sado mereka sampai berdarah hidung. Hikss! But walaupun orang ramai, their immigration check sangat pantas but satu benda aku menyampah, perempuan yang kat kaunter immigration tu kerek gila. Buat keje macam menyampah. Kemain mynn kutuk orang hongkong, padahal tak jauh beza pun dengan orang Malaysia yang keje imigresen. Muka kerek. Pijakk baru tahu. HAHAHA
Sampai je arrival hall, cari kaunter customer service dan beli Octopus card. Kad ni macam kad 'touch N go' tapi kad ni untuk kegunaan semua public transport include bus, ferry, mtr, nak beli barang kat 7eleven pun boleh bayar guna Octopus card ni. Touch je kad kat mesin octopus, dia akan automatic deduct. Dapat kad ni umpama ko dapat kaki kat sini. Kalau tanak beli kad ni pun takpe, tapi leceh la setiap kali nak naik kenderaan awam kena beli tiket or sediakan wang cukup-cukup. Kad ni harga dia untuk dewasa HKD150. Actually HKD50 for deposit (sebab time nak balik nanti kad ni kena pulangkan semula dan dapat balik deposit & baki duit dalam kad tu) dan HKD100 tu total duit yang ada dalam kad tu untuk kita guna. Since aku akan gunakan banyakkkk public transport punya service, so aku tambah lagi topup HKD100. Means total balance kad aku tu ada HKD200. Cukup untuk 4 hari. Jangan lupa kutip map MTR kat kaunter tu sebagai rujukan sepanjang kat sana.
*dua benda penting kena dapatkan kat airport!
K octopus card dah dapat, now ke bus station pulak. Ikut je signboard kat airport tu yang ada lambang bus. Since hotel yang aku nak menginap tu dia dah emailkan cara macam mana nak ke hotel, so aku follow jela arahan. Naik bus nombor A21 dari airport dan turun di Mongkok station, tak silap aku stop yang ke-6. Dalam bas tu dah gelabah jugak nak turun kat mana but kitorang decide untuk turun di Mongkok MTR Station. Alhamdulillah betul. Main terjah je. LOL. Tu lah, busy sangat berselfie dalam bas.
*keluar dari airport dah gelap. padahal baru nak pukul 6pm
*Mostly bus kat sini double-deck dan lengkap dengan luggage storage, paparan tv, dan skrin untuk setiap perhentian. Kalaulah public bus kat Malaysia macam ni punya bagus, aku buang kereta aku.
*i'm sitting next to HK lady
*selfie dari setiap angle. kurlassss. muka pon lebar semacam. hahaha
Dah turun bas, carilah kat mana hotel tu. Serabut beruk jugak, dah la orang ramai. Dorang mana kisah nak berlanggar ke apa. Semua orang kat HK mengamalkan prinsip "Ni jalan aku, kau ketepi!" So, pandai-pandailah korang nak adapt dengan culture sana.
Sunying hotel tu kat Sincere House building. Pintu masuk untuk ke building tu kecik je pun, tapi dia ada tulis lah "Sincere House". 2-3 kali jugaklah pusing dok lintas jalan sana sini baru jumpa pintu masuk tu. Adventure betul. Hahaha. Proceed ke 6th floor untuk check-in, rasa macam tempat tu scary sangat sebab laluan tu gelap. Dan bangunan Sincere House tu sebenarnya macam satu bangunan yang berkongsi-kongsi hotel dengan hotel bajet yang lain. Paham tak? LOL. Means, dalam satu bangunan tu ada banyak hotel lah. Almaklumlah, HK mana ada tanah.
*ni pintu masuk dia. naiklah lift ke floor 6 untuk check in.
*kalau dah jumpa Broadway ni, jalan straight dan lintas satu traffic light, nanti jumpalah pintu masuk ke Sincere House tu. Kalau korang jalan straight lagi jumpa 7eleven jumpa restaurant McD maknanya dah terlajak lah tu.
Proses check-in pun mudah je. Tak banyak songeh. Cakap je aku dah book melalui Agoda, dia mintak nak tengok passport, dan proceed ke bilik terus. Mamat receptionist tu comel, siap tolong hantar kami ke bilik. Nasib baik mynn tak mintak dia teman kat bilik sekali. hiks XD
*actually we supposed to get room for 2 person, tapi dia bagi room for 3 person. selesa aku terkangkang tidur kat katil double. muehehehe :D
Aktiviti malam tu, pegi McD beli set Fillet O Fish burger untuk dinner. Tak pernah umur aku makan fish burger kat Malaysia tetibe kat sana makan. Yelaa, meat dorang tak halal kan, terpaksa la telan fish burger yang tak sedap tu. Sos cili pon tak adhooo! Elehh tak sedap pun boleh habis jugak si mynn ni. Dasar perut sebesar pesawat airbus!
*mynn tengah korek-korek duit syiling yang bersepah dalam beg
After isi tank perut, kitorang pegi pulak tawaf Ladies Market. Actually tak tahu panjang mana market dia, kitorang jalan sekerat lepas tu patah balik, rembat tshirt beberapa helai, crowded kot dengan manusia kat situ, kat tengah-tengah jalan ada mamat india dok pegang sepanduk panggil-panggil kitorang "nasiii guringg nasii guringg halal" HAHAHA comel betul dia promote kedai makan dia.
*kat sini banyak jual souvenir murah-murah. menyesal tak bawak HKD banyak-banyak :(
*we bought HK tee here. amoi ni pandai betul attract kitorang untuk datang balik ke kedai dia sebab dia offer jauh lebih murah dari kedai lain. siap berbisik bagitahu harga offer tu. hiks :D
*suasana sekitar Ladies Market
*nak lintas jalan. but first......
*Etude House! Barang kosmetik korea paling pemess.
So, tamatlah kisah untuk hari pertama di Hongkong. *Tutup lampu* *Tidooooo*
6 TAHUN KEMUDIAN....
*Bukak lampu* Selamat pagi!!!!
K sambung cerita tentang hari kedua di Hongkong. Kalau ikutkan itinerary asal, pagi tu nak ke NgongPing360 nak naik crystal cable car, tapi tak terpegi pulak. Melencong pulak ke Stanley Plaza. Pagi tu muka kitorang lagi kat McD, beli EggMuffin+Hashbrown+Hot Chocolate for breakfast. Time tu rindunyaaaa lahai kat nasi lemak :'(
(Tsuen wan line)Mongkok --> Interchange at LaiKing(platform3) --> TungChung
*Dari TungChung MTR Station akan nampak Citygate Outlet (Tempat shopping untuk branded item), dan akan nampak escalator untuk ke tempat pembelian tiket Cable car station)
*Cable car fares return ticket: HKD165 (Biasa) HKD255 (Crystal)
*ni lah crystal cable car. Insyaallah kalau ada rezeki nak pegi sini pulak. Kat atas tu pun tempat dia cantik-cantik. View pun awesome gila kat NgongPing Village.
K cara nak ke Stanley Plaza senang je. Kau pejam mata, lepastu sampai lahh. Hehh :/ Tak lawakkk. Okayy dari Mongkok MTR Station ikut line ke MTR Central. Turun kat Central, ikut Exit A ke Bus Terminus. Kat Bus Terminus tu naik bas number ni untuk ke Stanley Plaza.
Nak selit sikit story sikit masa pagi tu first time naik MTR nak ke Central tu, aku touch Octopus card aku kat mesin dia dan lepas, tetibe tang Kecik tak lepas pulak. Dia tulis kat situ Octopus card tu macam tak aktif (kot?). Tapi pelik, masa naik bas yang dari airport okay je guna kad tu. Masa tu bengang lah jugak. Si Kecik ni lagi bengang sebab duit dalam kad tu ada banyak lagi kot, but i told her to relax sebab aku ada baca kat website dia if tak boleh guna boleh change, and yesss. Kitorang pegi kat kaunter customer service dan dia buat ape entah kat kad tu then after that boleh guna macam biasa. Problem solved yayyyy :D
*kat dalam MTR lengang je.
*keluar Exit A dari MTR Central station akan jumpa jejantas ni yang akan menghubung terus ke Bus Terminus.
*kau pehal perempuan? eksaited sangat?
*selfie with the bus is a MUST!
Another one thing I'm really really really amazed kat HK resident ni dorang jalan kaki laju gila. Macam angin. Berdesuppp pantas. Sampai satu tahap tu naturally kami ke bahagian tepi sekali sebab takut kena langgar dengan dorang. Siap bertanya lagi kat Kecik "wehh, kita je ke yang lembab.." Huhu T______T Escalator kat sana pun 2 kali ganda lebih laju dari escalator kat malaysia sini. Dah laju macam tu pun orang dia still gigih memanjat escalator tu dengan laju while us typical malaysian berdiri tegak jelah atas escalator tu dengan malasnya. Kadang naik berpinar jugak sebab dok nak terikut kepantasan dorang tu. Time tu lah mynn terasa "I don't belong here. Bcz i am lembabbb tsk tsk" MTR train dorang pon pantas, sepanjang kat sana tak pernah tunggu train lebih dari 5 minit. In a blink dah sampai destination.
Okay berbalik pada Stanley Plaza. Tempat ape tu? Tanah tinggi macam kat cameron, jalan naik bukit berselekoh tajam, sea view, 45minit journey, rumah mewah, ferrari, Stanley market, tempat shopping. K tu description tempat tu. Korang kena pegi sendiri baru tahu betapa cantiknya tempat tu.
*duduk tingkat atas depan sekali. jakun. selfie ciked!
*view dari dalam bas sepanjang jalan. belah kiri nampak bangunan-bangunan tinggi, belah kanan nampak pemandangan laut. sangat cantik!
*petrol pump dia comel
Sampai je kat Stanley Plaza, jumpa Lover's Terrace. Maka bermulalah episod kemurungan dan kemeroyanan budak Mynn. I have no lover's. No pakwe's. Hanya mampu pandang sepi kat catitan-catitan couple yang mengharap everlasting love taik kucinggg puihhhhh. Semoga korang balik dari Stanley Plaza bergaduh putus break dan single sampai tua. HAHAHAHAHA XD
*dari Lover's Terrace boleh nampak pemandangan laut. Cantik hoiii!!!
*mynn is happy! (padahal meroyan)
Dah la, mari muntah bersama-sama dengan lambakan gambar di Stanley Plazaaa....
Gambar kat bawah ni lah Stanley Market. Tapi macam hambar je. Ladies market lagi best dan murahh. (Elehh, padahal diri sendiri yang hambar sebab tak banyak duit HKD lol)
*aku snap gambar ni sebab aku nampak giraffe dalam kedai. korang nampak? tak nampak korang gemuk. lemak penuh kat mata. boooo~
Walaupun Stanley Market tu hambar, tapi aku suka gila suasana kat sini. View cantik, banyak angin, lepastu boleh naik basikal pusing-pusing kat situ. Satu benda je tak begitu berminat. Ramai orang kat sini suka bawak anjing dorang jalan-jalan kat sini. Dah tu anjing yang tak reti senyap. Dok barking lari sana sini. Hati tak tenteram jugaklah. Elak aku gigit je anjing-anjing tu semua.
Bila nampak suasana cantik kat sini, mynn pun menyimpan lah hasrat nak ber'pre-wedding' photo kat sini. Berangannnnnnn! Tapi, dengan sape nak ber'pre-wedding' tu? Nahh pantun dua kerat untuk diri sendiri,
Pegi Hongkong nak amik gambar pre-wedding,
Bakal laki tak ade!!! HAHAHAHAHAHA *gelak style adik gigi rongak*
*tepi-tepi tu kedai makan.
*bangunan depan tu macam museum kottt. nak masuk malas. yknow museum is hell boringgg except KPOP MUSEUM :D
*hey pompuan, syok sendiri ko berselpie yeee
*turn aku pulak berselpie. omooo jinjja kyeopta!
*ni kalau aku bawak abam pahrin ke sini, dah lama aku celup dia dalam laut yang sejuk tu. berlakon lagi peluk-peluk.
*the boat just right on my palm!
*menunggu selipar lagi sebelah yang telah hanyut
*imagining someone hugging me from behind. AARRGHHHHH titanic gittew
K dah penat posing kat segenap tempat, perut pun lapar. So nampak restaurant pizza, we stop by there and lunch. Masuk je dorang nampak kitorang bertudung, terus dia tunjuk pizza-pizza yang halal. Bagus betul dorang ni. Tapi yang halal pun pizza cheese, vegetable, dan tak ingat lagi satu tu apa. Topping dia macam tomato je. And I hate tomato. So i choose Vege pizza while Kecik choose Cheese Pizza. Satu slice pizza tu dalam HKD48. Convert ke ringgit dalam RM22 untuk satu slice. Menangis bhaii. Kalau kat malaysia RM22 tu dah dapat satu regular pan. Sini dapat satu slice je. Wuuuuuuu T_______T
But bila tengok pizza dia, teruja gilaaa sebab besar! Its worth la we paid lot of amount for this giant slice. Kat situ mynn pun dah simpan lagi satu hasrat, balik rumah nak tunjuk gambar pizza ni kat mak, nak suruh dia buat giant pizza jugak. Hehh :/
*pizza slice tu sama saiz dengan muka aku. LOL
*time ni baru makan separuh, dah kenyang gila. tengok jelah muka surrender si kecik tu. kahkahh XD
Dah puas berjimba kat Stanley Plaza, move to next location iaitu Avenue of Stars. Dari Stanley Plaza tu rancangnya nak balik semula ke Central by bus, then dari Central tu naik MTR ke Tsim Tsa Tsui. Ehh tetiba nampak ada bas yang terus menghala ke Tsim Tsa Tsui terus (aku tak ingat number bas tu ape tapi kalau nampak dia tulis "to Tsim Tsa Tsui" kat bas tu, haa betullah tu).
Alhamdulillah sampai jugak di Bus Station Tsim Tsa Tsui, hentian paling last. Dari bus station tu tengok je signboard ke Avenue of Stars ko ikut je signboard tu macam lembu kena cucuk hidung kompem sampai destinasi. Sumpah senang kat sini tak perlu dok tanya-tanya orang mana direction, kat mana tempat tu, semuanya pakai mata je untuk baca signboard. Easy gilosss kan?
Penatlah taip panjang-panjang. Jom muntah lagi sekali dengan gambar-gambar mynn di Avenue of Stars! Bwwaarrgghhh.............
Sebenarnya setiap malam kat Avenue of Stars pukul 8 akan ada pertunjukan pancaran laser (Symphony of Light) dari bangunan-bangunan di Hongkong Island tu. Tapi disebabkan cuaca yang sangat sejuk, tangan dah membeku, mata mengantuk, badan lemau, kitorang decide untuk balik hotel awal. Next time jelah kalau datang sini lagi aku nak tengok laser performance tu. Heee :D
Nak balik ke hotel, dari Avenue of Stars cari signboard ke MTR Station Tsim Tsa Tsui ke Mongkok. Satu station je dahhh sampai. Balik bilik aku membutaaaa dah macam orang tak tido 3malam. Malam tu meroyan lapar, pandang McD pun dah tak lalu, so kitorang decide untuk makan sushi. Dan sempat lagi pergi Ladies Market beli lagi HK tshirt untuk abang & adik aku.
Tamat kisah hari kedua di Hongkong :)
Tunggu kisah seterusnya di Hongkong Disneyland. Bye!
Click here to read Hongkong Part 2
*muka tu apehal?? k ni subway untuk terus access ke Avenue of Stars. Menapak dalam 5minit jugaklah nak sampai.
*pastu korang akan jumpa jalan macam ni
*pastu korang juga akan jumpa perempuan gemuks macam ni (jangan lupa tumbuk perut dia)
*pastu kalau dah nampak bangunan HK Museum of Art, masuk situ nanti nampaklah papan tanda Avenue of Stars macam ni
*dan juga sepanjang perjalanan tu mesti korang akan terpijak mutiara-mutiara kata berkenaan art macam ni
*last sekali korang akan nampak museum ni, terus je lagi sampailah ke Avenue of Stars. YAYYY!!!
*but firsttttt........
*whole day berjalan tengok pemandangan laut je. tetibe teringat kat someone yang sangat suka kat laut. i wish to bring him here. whoopps! him? :D
*time ni gerimis. dats y bukak payung. ada jugak terjadi tragedi payung terbang. tanak cerita. maluuuu T_______T
*sucinya muka budak mynn nie. bakal menantu sape lah nieee
*dengar cerita wan maimunah kena ragut kat malaysia? cepatlah cerita, aku dah pasang telinga nak dengar ni!
*kasi tinggi sikit mic
*gerimis, kasi payung kat cameraman
*Mynn nak buat drama. okayy camera roll....ACTION!!!
*abamm, jom kita pergi ketengah laut....
*......dan mati lemas bersamaaa. love youu (sambil airmata berlinang di bahu abamm)
CUTTTT!!!
Back to reality.
*korang kenal ni sape?
*Bruce Lee woiiii!!!!
*Jackie Chan handprint. Sape tak kenal Jackie Chan ko tak layak hidup.
*gambar ni sangat hidup. sukaaaaaaa!!!!
*k nak blahh dah.
Sebenarnya setiap malam kat Avenue of Stars pukul 8 akan ada pertunjukan pancaran laser (Symphony of Light) dari bangunan-bangunan di Hongkong Island tu. Tapi disebabkan cuaca yang sangat sejuk, tangan dah membeku, mata mengantuk, badan lemau, kitorang decide untuk balik hotel awal. Next time jelah kalau datang sini lagi aku nak tengok laser performance tu. Heee :D
*sumber: curi dari google
*Seafood fried rice HKD50 convert to ringgit RM23 satu pinggan! (T_____T) tempura sushi tu pun satu plate HKD48 convert to ringgit RM22 (MENANGIS AIRMATA DARAH)
Tamat kisah hari kedua di Hongkong :)
Tunggu kisah seterusnya di Hongkong Disneyland. Bye!
Click here to read Hongkong Part 2
No comments:
Post a Comment