Friday, January 16, 2015

Backpackers 2015 by Mynn :)

Okay. Hmmm. Errr. Phewww. Aku tak tahu nak start cerita dari mana ni. HAHAHA. Okayy breath mynn. Breathhh *fuhh fuhh* Ni effect hati tertinggal kat Hongkong ler ni, tu yang jari terketar nak tulis blog. K lets start! 

Hobi aku kat office memang bukak web airasia sebab dok nak tengok promo tiket murah ke korea (cehh hakikatnya kat office tak adhoooo keje haha). Memang sejak jadi fan kpop dan korean drama, memang tu first place aku nak visit. Tapi tiba-tiba bila nampak promo tiket murah ke Hongkong sempena Merdeka sales, return ticket just RM450, tergerak pulak hati ni nak pegi sana nak berjimba kat Disneyland. 


*Now everyone can fly :D

Bila aku cakap nak pegi Disneyland, ada je mulut-mulut orang yang cakap "daripada Disneyland, baik ko pegi USS kat singapore tu, lagi best, dekat...". Aku dengan bongkaknya berkata lah "Alaaa USS dah terlalu mainstream, lagipun dekat kan, anytime boleh pegi" Kahkahh XD 


*Si Donald Duck buntut besarrr

So, bila aku decide nak pegi Hongkong, tetiba si Kecik ni nak ikut pulak. K, nama glemer dia Kecik (sebab orangnya tak besar tapi makin kecik kecikk mengecikkk je kalau tengok). Kalau tak, aku pegi sorang pon jadik. Solo traveller's lah katakann. Cehh berlagak nak jadik solo travellers. Hehh :/ 

So, ni nak bagi tips lah kalau nak beli flight ticket. Since aku decide nak pergi 4h3m je, so tak payahlah amik baggage yang 15kg harga RM55(kot?). Kalau pegi balik ko ada check baggage dah RM110. Membazir uollss! Bawak jelah cabin baggage, yang penting tak lebih 7kg untuk bawak masuk dalam cabin dan make sure ikut size cabin baggage yang dibenarkan. Alahh, kalau 4 hari bawak 5-6 helai baju tak sampai 7kg pon beg ko tu. 




Another things, since aku ada masalah period pain yang teruk (sampai tahap tertonggeng), make sure to track menstrual date before book flight ticket. Lagipun kalau tengah datang bulan nak berjalan sakan, mood tu ada swing sikit lah dan tak selesa. So, make sure pilih tarikh pergi yang jauh-jauh dari date menstrual tu. 

Okay, bila dah book flight ticket, apa yang perlu dibuat adalah study map destinasi yang korang nak pergi tu. Aku banyak baca blog-blog orang yang pernah backpack ke Hongkong. Buat note dan itinerary sendiri. Rajinkan diri surf kat internet apa tempat best dan yang paling penting "How to get there by public transport". Google akan jawab semua persoalan ko tu. Yang paling best tentang Hongkong is public transport dia tiptop! Very convenience and easy. That's why i choose Hongkong and their country is one of safest country with low-crime-rate, seriously rasa selamat. Ohh ya, sebelum beli flight ticket make sure check status perjalanan kat imigresen. Cek online je, masukkan IC number nanti dia bagitahu la status perjalanan kita. Almaklumlah, aku ni ada hutang PTPTN. Karang tak memasal dah beli flight ticket tapi tak lepas ke luar negara, kan dah rugi. 


*MTR map ni kasi hadam kat kepala otak sampai lebam

After dah kumpul sebanyak maklumat tentang tempat menarik yang korang nak pergi, barulah cari hotel. Since ada member aku yang pernah pegi Hongkong dan dia recommend aku duduk hotel kat Chungking Mansion di area Tsim Tsa Tsui, aku banyak la jugak search hotel-hotel kat situ guna Trivago (search engine for hotel price comparison around the world). Okay, kat sini aku nak bagi tips setiap kali korang nak book hotel, jangan dok cari yang murahhhh je. Normal la bagi backpackers macam kita ni, nak hotel yang murah. Asalkan boleh buat tidur dan selamat. BUT, mostly lah hotel yang murah-murah rate RM100-RM160 semua kaki kelepett punya. Bila nak book, kita kena direct buat payment using credit/debit card, but bila sampai di hotel tu nak check-in, dia akan mintak lagi bayaran untuk berapa malam kita nak stay eventhough ada yang siap tunjuk proof of payment, kalau tak bayar dia tak kasi kita check-in. Haa, camtu lah ceritanya kaki kelepett kat hotel area Chungking Mansion tu. Tips lagi, before book hotel make sure baca setiap guest review. Kalau review bagus, so okay lahh. You got for what you pay. Dont expect hotel tu macam 4-5 bintang punya hotel. Kata travel kan, so takdenya ko nak duduk dalam bilik 24jam. So, hotel yang aku pilih SunYing Hotel di area Mongkok, rate satu malam RM128 (but the rate may be differs day by day). Tu dah paling bajet lah tu. Building dia agak lama dan mula-mula scary jugak time nak ke 6th floor untuk check-in, but bila dah masuk bilik wehuuuuu happy gila. Walaupun sempit, it's okay lah. Yang penting bersih. Since Agoda offers price per night paling murah, so aku direct je book dan bayar. For booking Click Here. Untuk pilih hotel, make sure location is strategic. I mean easy to access halal food, train/subway station in walking distance, lagi bagus kalau kat tengah bandar.


Okay, summary for those yang nak backpackers macam aku make sure to check these list:
1.   Track period date (for girls)
2.   Book flight ticket awal untuk dapatkan promo (Online immigration check jangan lupa)
3.   Find travel partner
4.   Find information and detail about place you wish to visit
5.   Study map
6.   Book hotel & print hotel voucher
7.   Now you're ready. Jom travel! 


p/s: Nantikan kisah Mynn di Hongkong Part 1 after this entry. muehehehe bye!


*photo teaser. hehehe :D


No comments:

Post a Comment