Sunday, January 31, 2016

Bangkok Day 1: Tips,Public transport guide,Halal food,Hotel Review




I've been visiting Bangkok two years ago and this time i decided to re-visit again. Kalau visit kali pertama tu adalah untuk menonton concert Kpop semata, this time i went there for exploring Bangkok bertemakan "Trip ala-ala Princess". Karang aku cakap ni trip "backpackers" ada je mulut mengata "eh mana backpacknyaaa...". Pfftt whatever! Princess Mynn ni nak shopping sikit-sikit jelah because her and his sayang pocket already bocor dan kempis because we bought the flight ticket twice (belian kali pertama burn gitu je sebab on that date Syafiq ada exam so terpaksa postpone dan beli tiket baru).





Actually dah dari bulan 10 tahun lepas aku meroyan nak pegi Bangkok sebab terbaca satu blog ni yang dia pegi Sunflower Field di satu daerah di Bangkok iaitu Lopburi. Season dia cuma bulan November sampai January je coz that time sunflower are on full bloom. On february dorang dah start harvesting. So berbincang lah dengan Syafiq, ajak dia pergi sana. Since Syafiq tak banyak bunyi, the journey begin! Anda nak tahu apa kesudahan trip ini? Berjayakan Mynn menjejaki bunga matahari? Nantikan sehingga penghabis entry muahahahaha *gelak jahat*




-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-


Hari pertama di Bangkok agak....how to say ahh. Hampeh kot. Biasalah, ape yang kita rancang tak semestinya menjadi ataupun indah. Okay aku nak guide dari awal for those yang berminat nak ke Bangkok dengan low budget dan newbies yang baru nak berjinak-jinak dengan travel ni. 

First, since aku dari Batu Pahat so aku naik je bus dari sana ke TBS dengan tambang RM23. Then from TBS ada dua option untuk ke KLIA2 which is by:

1) JETBUS (45 minute ride, RM10 fare)
2) KLIA TRANSIT (RM38.40 from TBS to KLIA2)

Tetapi marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk berjimat cermat. Kalau bas available lagi, better naik bas je. Jalan yang dia lalu pun jarang-jarang ade traffic jem. Beli je tiket di kaunter ke Terminal KLIA2. Sila google untuk info timetable. BUT, in case no more seat for bus meh sini aku nak ajar cara untuk berjimat if the last choice adalah menaiki KLIA Transit tu. Kalau korang kaya naiklah taxi. Okay now rujuk train fares table kat bawah ni. Sebenarnya lama jugak sel otak aku ni nak berhubung bila tengok table ni. Tak bape nak faham. Kat sini aku nak ajar macam mana nak jimatkan RM21 kalau naik KLIA Transit. Tapi agak membazir masa lah.



1) Dari stesen TBS beli tiket ke  Putrajaya&Cyberjaya dengan tambang RM8.00 (bulatan hijau). Make sure kena turun di stesen Putrajaya&Cyberjaya tu taw dan exit macam biasa.
2) Pergi kaunter tiket dan beli tiket baru ke KLIA2 dengan tambang RM9.40, naik train semula dan anda sampai ke KLIA2 dengan total tambang RM17.40 je YAYY dah jimat! 

Flight aku pukul 3pm, sampai airport pukul 1.30pm so santai-santai dulu kat airport makan fried chicken kat Popeye, after board in and depart makan Nasi Lemak Pak Nasser pulak sebab menurut kata Mynn nanti 4 hari tak jumpa nasi lemak huhu tapi nasi lemak dia lain sikit. If dulu nasi lemak dia dengan rendang ayam but now the chicken they just mixed with the sambal. Not soooo tasty like before. I miss the rendangggg tsk tsk :'( 



Before that, nak kasi tips untuk tempat penginapan. Paling penting cari hotel yang dekat dengan BTS Skytrain/MRT. Cari hotel yang maximum walking distance 5 minit kebawah. Pilihan aku hotel yang berdekatan BTS Skytrain sebab aku akan banyak gunakan skytrain kat sana. Kat bawah ni aku listkan budget hotel yang dekat dengan skytrain:

1) Nantra Sukhumvit 39 Hotel (2 min walk from BTS PhromPhong)
2) Nantra Ploenchit Hotel (5 min walk from BTS PhloenChit_)
3) 63 Bangkok Boutique Bed & Breakfast (0 min from BTS Ekkamai)
4) White House Asoke Sukhumvit 18 (4 min walk from BTS Asok)
5) Sam's Lodge **my choice (3 min walk from BTS Asok)

Okay, hotel-hotel kat atas ni semua kat area Sukhumvit. Dua benda yang nak kena ambil kira time nak book hotel adalah 1) Dekat dengan public transport; 2) Dekat dengan tempat makanan halal. InsyaAllah trip korang akan jadi senang kalau dapat cari hotel yg dekat dengan dua benda ni. Nak budget lagi boleh stay di hostel. Bersepah hostel murah di Sukhumvit tu. Since Syafiq cukup menyampah kalau takde private toilet & shower di dalam bilik sendiri (cz normally hostel kena share bathroom/toilet), bersungguh-sungguh aku carikan hotel yang menepati cita rasa dia. Bilik kecik tak boleh. Nak bilik ada tingkap. Kalau tak macam penjara katanyaaa. TV pulak nak yang ada english channel. Setiap kali aku suggest hotel kena bagitau dia berapa meter square keluasan bilik. Kena dapatkan approval dia dulu. Pffttt. He is so cerewettt. Huhu

Berbalik pada cerita tadi, arrive di DonMueng Airport kira-kira local time 5pm, proceed the immigration check dan silalah ke Arrival Hall dan gunakan EXIT 6 sebab ada Airport bus transfer disitu JIKA korang nak menggunakan BTS Skytrain/MRT underground train for next transport mode. Ada terdapat 2 jenis bas iaitu A1 & A2. Bas A1 akan ke Chatuchak Park (last pit stop) dan bas A2 pulak akan ke Victory Monument (last pit stop) but ia still akan melalui Chatuchak Park tu. So boleh je nak naik mana-mana bas. Alhamdulillah masa aku sampai tu bas A1 terus ada kat depan pintu tu, terus je naik bas tu, conductor bus akan kutip tambang dari korang selepas korang duduk. Tambang 30 baht per person tak kira kat mana korang nak turun still kena bayar that amount. 

p/s: Masa dalam plane cabin crew akan edarkan Thailand immigration form which is Arrival card & Departure card. Address in Thailand tu tulis je nama hotel. Then make sure selit betul-betul kat passport korang jangan sampai hilang kad tu. Sebab masa immigration check nak balik KL semula aku tengok ramai yang sangkut kat immigration sebab departure card dorang hilang. 

*Ni lah bas A1 tu. Yang penting ada aircond :)

*Dalam bas ramai orang. Nasib baik aku dapat duduk huhu

Since my actual itinerary for the next day nak pegi tengok Sunflower Field di Lopburi, so for the first night aku akan stay di The Chilli Bangkok Hotel sebab ia berdekatan dengan stesen keretapi HuaLamphong. K kena tipu. I am strongly not recommended others to stay here. Takdelah dekat sangat dengan stesen. 15 minit jugakk menapak. Masa bas A1 tu turunkan penumpang kat Chatucak park, stesen BTS/MRT depan sikit je. Turun je dari bas teruskan berjalan ikut arah kenderaan kat jalan besar tu jalan ataupun turun je bas korang jalan ke kanan okayyy sampai jumpa station. Sebenarnya aku dah buat silap besar kat sini. Sepatutnya aku naik MRT je ke station HuaLamphong but instead aku berdegil untuk naik BTS sebab aku tertipu dengan hotel tu punya description. Dia tulis kalau dari BTS Saphan Taksin station kalau ke hotel if menaiki tuk-tuk the fares should not more than 50baht. Kira murah dan dekat lah tu kan. But sebaliknyaaa terjadi. Kena caj 150baht. Pffttt. Kena bebel dengan Syafiq :( 

Bila dah sampai bilik aduhhhhhh dah macam dalam shoes box. Macam tak percaya aku pilih tempat tu untuk stay! That was the worst place ever and hell crappy! NIGHTMARES!!! Hotel tu terletak jauh di dalam lorong gelap, macam kawasan setinggan perumahan, then kat lorong tu adelah orang-orang melepak sambil minum arak makan babi tah ape lagi tahh. Syafiq hanya mampu gelak sebab aku yang pilih tempat tu sebab murah. Bukan ape, since dia yang keluar duit untuk hotel expenses, so taknak lah yang mahal-mahal. Kempis poket dia nanti. (See, im thoughtful gf right? kekeke) Bila tanya kat receptionist mana nearest 7e, dia cakap 5 minute walk. HAHAHA gelak lagi si Syafiq (padahal aku tahu dalam hati dia nak seligi aku sebab pilih untuk stay situ). Like seriously selama ni kalau stay dimana-mana hotel di Thailand, 7e cuma kat sebelah hotel je tak pun depan hotel. Nasib baiklah stay situ cuma 1 malam dan nak checkout pun awal-awal pagi. Mood memang dah spoil habis bila bilik kecik gila, no free toileteries, then TV pun tak adhoooo!!! Tempat tu pun aku rasa sangat tak selamat bagi perempuan sebab malam lorong dia gelap. Nasib baik wifi dia okay dan ada private toilet & shower sendiri.

*Jumpa gambar ni kat tripadvisor. Hahh memang macam ni la rupa bilik single dia yang sempit nak mampus tu. Katil dia pun pakai kayu palet je. Macam tak boleh nak bernafas dah dalam bilik :(

*Lorong nak ke hotel. Time malam agak scary!

So malam tu untuk merawat hati yang duka sebab dapat bilik hampeh, aku decide untuk dinner di HOME CUISINE ISLAMIC RESTAURANT. Hanya makanan dapat mengembalikan kegembiraan :) Restaurant tu tak jauh dari hotel dalam 2 km kot. Nahh alamat dia dalam thai, memudahkan kalau nak tunjuk kat tuk-tuk/taxi driver:

อิสลามโฮมควิซีน
ที่ตั้ง :186 .เจริญกรุง 40 บางรัก กรุงเทพ 10500
186 Charoen Krung 36, Charoen Krung Rd., Bangrak, Bangkok 10500 (Opposite the French Embassy)

*Restaurant exterior (curi dari google)

Restaurant ni pun berdekatan dengan Haroon Mosque. So for sure mostly penduduk disitu adalah Muslim. Restaurant ni serve Thai-Muslim & Indian cuisine (which is typical kat bangkok, makanan halal mostly baryani hhmphh)


"The interior is furnished with 1970’s style green suede booths, green leather tablecloths, old antique photographs, and a background soundtrack that includes everything from Jingle Bells to The Beatles. They use high quality Halal ingredients, no MSG, and hand select the spices and oils used in the cooking. Home Cuisine Islamic Restaurant is family run, and the owner who often serves her guests, is extremely nice, giving the restaurant an authentic home-style charm."



*Interior dia classic. Can u spot those senapang?


Dengan hanya berbekalkan map yang kitorang tengok kat google la gigih berjalan nak ke restaurant tu. Masa nak lintas jalan nampak ada 2-3 orang polis tengah macam kawal lalu lintas. So Syafiq cuba la tanya dorang kat mana French Embassy (sebab restaurant tu betul-betul berhadapan dengan embassy tu). Tetibe dorang start motor nak tolong hantar kitorang. We was like "betul ke nieeee" serious macam tak percaya hahahaha. Polis nak bagi tumpang, naik jelahhh. Yang penting for FREE kahkahh. Aku rasa macam funny gila. Mesti polis tu ingat kitorang ni ade problem/emergency ke kan nak pergi ke embassy. Thats why dorang tolong hantarkan padahal nak pegi makan je punnnn. One thing amazed me, polis thai naik moto tak pakai helmet eh? Tak menjadi kesalahan ke kalau tak pakai helmet atas jalan? Cuba kat negara aku sendiri, aduhhh berkilo-kilo kena saman. Bila dah sampai tu dorang susun motor sebelah-sebelah ajak ambik gambar sama-sama. LOL layan jelahh :) 

*Jasa baikmu dikenang :)

*Look! Someone is happy :D


 *muka i dah macam nenek :( 


*Seat je dalam restaurant dia akan kasi 2 glass of plain water for free. Syafiq makan Mutton Baryani, aku makan Chicken Fried Rice, order Ice Milk Tea segelas saje, total loss 280 baht. Biasa je food dia, taklah sedap mana. Mahal je lebihhh

So before balik ke hotel singgah dulu 7e, benda penting kena cari adalah topup since Syafiq dah ada simcard thai True Move, so tinggal reload je dan beli plan internet untuk 4 hari. Senang hidup kalau ada internet, sebab mudah untuk bukak map. Sebenarnya ada banyak simcard plan untuk tourist di sana, beli je yang murah ya.



Dan jangan lupa beli susu cokelat Meiji. Aku tak paham kenape si Syafiq gilakan susu ni. Tiap kali masuk 7e gigih dia cari susu ni, kalau takde sanggup dia menapak ke kedai lain untuk dapatkannya. Fuhh. Dahsyat penangan engko Meiji. 



*Meiji Choc Milk botol besar tu harga dia dalam 27 baht. Around RM3 macamtu. Murah gilaaaa

Soooooo, wrap up for day 1 aku himpunkan segala expenses for two person start dari time boarding plane ye. 

Milo ice kat flight : 60 baht
Airport bus fare : 60 baht
BTS Skytrain fare : 84 baht
Tuk-tuk fare : 150 baht
Dinner : 280 baht
7eleven : 203 baht

Total loss Day 1: THB 837

*Prebook meal with AA dapat free small notebook. Bolehla buat conteng-conteng budget :)



Okay before nak habiskan entry ni, nak share sikit macam mana nak gunakan BTS Skytrain/MRT kat Bangkok ni. 

BTS Skytrain : Those yang tak tahu kadang-kadang terpinga-pinga jugak kalau nak beli tiket dia. Rupanya kita kena ada duit syiling untuk beli tiket di mesin. Duit kertas tak diterima ya. Yang takde coin jangan risau, pergi je kat kaunter "CHANGE" bagi je duit 200baht ke untuk tukar coin siap-siap. Inilah travel companion aku, aku sumbat coin kat kepala dia banyak-banyak! (Another option boleh guna one-day-pass ticket, boleh beli kat kaunter "CHANGE" tu jugak, harga 140 baht per person dan boleh guna BTS Skytrain banyak kali takde limit, but akan expired pada 12 tengah malam pada tarikh korang beli tiket tu) 

*Mimie~ my cute coin pouch. Beli kat Hongkong hehe

Okay bila dah tukar coin, sila kenalpasti nilai setiap coin tu. Takdelah nanti terkial-kial nak masukkan coin yang mana, yang ni berapa baht, yang tu berapa baht bla bla bla orang yang queue belakang ko panas je nanti menunggu ko yang lembab tu. Kat bawah ni la rupa ticketing machine dia untuk single journey ticket. Agak oldskool. Nowadays kan ticketing machine pakai touchscreen kan? Huhu


Sila perhati elok-elok machine kat atas tu. Korang nampak kan nombor 1,2,3 dan 4 tu? 

Nombor 1: Select fare. Rujuk kat fare information sebelah tu. Contoh nak ke MoChit station, fare dia 42 baht, so press button "42".
Nombor 2: Insert coin 42 baht. Kalau masukkan lebih pun takpe, boleh dapat baki.
Nombor 3: Ambil ticket.
Nombor 4: Take change kalau ada baki.

Next step: Masukkan tiket ke machine bawah ni ikut anak panah kat tiket tu, jangan lupa ambil semula tiket tu, dia akan keluar semula kat bahagian atas machine. Bila dah sampai destinasi sewaktu exit, masukkan tiket ini dan tiket tidak akan dikembalikan KECUALI jika anda gunakan One-Day-Pass. Make sure anda tunggu train di platform yang betul ya!



Penggunaan MRT pun lebih kurang sama macam BTS ni. Tapi ticket vending dia boleh pakai paper notes. Then dia gunakan token, bukan tiket. Alahh kalau korang dah expert guna BTS Skytrain, MRT ni kacang ajeee. Hehe