Monday, February 15, 2016

AWASSS....! ENTRY INI BAKAL TUTUP PERIUK NASI AKAK JUAL PRODUK HILANGKAN JERAWAT!



Hai semuaaaaa! Disebabkan mynn mempunyai terlalu banyak masa lapang, post kali ni aku nak share kat korang sikit cara-cara aku deal dengan masalah kulit muka aku. So basically entry ni khas untuk yang ada masalah JERAWAT. Tak kisah lah jerawat korang jenis yang macam mana. Kalau kat muka aku ni yang sekian lama bertapak adalah combo jerawat pasir+whitehead+open pores yang tersangat banyak! 3in1 gittewww. Bila aku cakap muka aku ada jerawat orang akan cakap "EH, AKU TENGOK MUKA KAU BERSIH JE...MANA ADA JERAWAT" Okay yang cakap macam tu yang pandang aku dari jauh. Dari jauh memang muka aku nampak flawless tapi cuba tengok dekat-dekat OMFG FLOOR-LESS chuolls! Macam lantai menggerutu *nangis* 

Dari zaman sekolah menengah lagi memang kulit muka aku bermasalah. Tapi time zaman belajar di Poli, bertambah-tambah teruk. Pipi dan dahi aku bersih je, yang bermasalah kawasan hidung, kawasan pipi bawah mata, bawah hidung, dan bawah dagu. Kalau time hari panas, kawasan tu je yang merah dan berminyak. Malu wehh. Pernah jugak diejek dengan kawan lelaki "MUKA KAU MACAM KERTAS PASIR" *pehh rasa macam kena panah petir* Ada jugak yang tanya "MUKA KAU KENA RUAM KE" woi ni bukan ruam lahh, ni JERAWAT PASIR!!! **nangis**


Sebelum aku nak cerita macam mana aku clearkan jerawat kat muka aku, marilah aku ceritakan pengalaman aku sepanjang mencuba pelbagai jenis produk MENIPU. Aku pernah pergi ke spa, since muka aku ni hanya ditumbuhi jerawat sekitar hidung, akak tu cakap aku ni ada masalah jerawat yang berpunca dari resdung. So setelah dipujuk aku yang masih bersekolah waktu tu pun ambillah pakej rawatan muka 5kali, tak ingat harga dia berapa maybe dalam RM250+ (Dah la bayar guna duit biasiswa kekeke). Itu belum campur produk yang aku beli tu. Rawatan resdung dia setakat yang asapkan muka tu je, then buat facial yang teramatlah menyakitkan. Dia picit segala jerawat dan whitehead, sampai lebam-lebam muka aku tsk tsk. Sebab dah bayar mahal kan, so terpaksa lah bersakit-sakit untuk habiskan rawatan sampai 5 kali. Agak berkesan lah rawatan muka kat spa tu dan waktu tu akak tu suruh aku pakai produk Citra Ayu. 


*Ni lah produknya untuk set hilangkan jerawat.

TAPI.........!!!!!! Produk ni hanya mampu hilangkan jerawat dalam jangka masa pendek je. Bila mana kau stop gunakannya, jerawat yang naik tu lagi berganda banyak dari sebelumnya. Menyesal aku pakai produk ni. Krim malam dia pula buat muka kita mengelupas teruk. Time tu bangga lah kononnya muka putih sekejap. Long-term effect produk macam ni lagi bahaya rupanya. So inilah produk pertama aku, yang mengakibatkan jerawat aku hilang dan kembali semula dengan lebih teruk tsk tsk :'(

After that bermacam-macam produk aku try, tiap kali masuk Guardian/Watsons, nampak produk "anti-jerawat" kita kasi cuba itu produkkkkk. Beli, pakai, tak berkesan! Beli lagi yang lain, try lagi, tak berkesan, dan seterusnya begitulahhh. Aku rasa 30% daripada duit PTPTN aku habis untuk beli produk muka. Bukan setakat produk, tonyoh bawang putih kat muka pun aku pernah buat. Mak aku pernah jugak belikan sabun susu kambing, suruh aku pakai sabun tu je untuk cuci muka, alahaii sama je muka aku macam kambing. Kambing lagi mulus muka dia dari aku. Sabun beras, sabun betik, minum air aura white, minum soy collagen, itu semua aku dah cuba. Pil resdung pun dah bermacam aku telan, mostly pil tu hilangkan gatal-gatal je. Bedak sejuk pun pernah pakai, mak aku suruh tepek tiap-tiap malam. Kalau aku ingat betapa desperatenya time tu nak hilangkan jerawat. Kesian mak aku, dia pun turut sama cari ikhtiar untuk tolong aku. Thanks mak walaupun semua cara tu tak berkesan. Jerawat kat muka ni sama degil dengan anak mak. Huhu

Kalau diingat masa tu, bila musim jerawat tengah ranum, member-member ajak keluar time siang memang mostly aku akan tolak. Sebab malu nanti dorang nampak jerawat aku merah-merah dan berminyak kalau kena panas. Kawan lelaki ajak keluar pun aku tolak, segan nanti dia tengok jerawat aku. Ambil gambar pun kena dari jauh, so muka aku akan nampak licin je. Self-confident memang low habis. Ada jugak orang yang cakap, tunggu je sampai umur 25, nanti clear lah semua jerawat tu. Masalahnya ko tahu tak diantara umur 20-25 tu lah time tengah market gila, time paling sesuaiiii untuk tonjol diri, cari jodoh. Kalau muka penuh jerawat, macam mana abam-abam nak ngorat?

Masa lepas grad, aku kerja cashier kat Yong Peng, aku kenal dengan sorang gadis comel molek bernama Pyka (bukan nama sebenar), dia kerja kat situ jugak. Masalah kulit muka dia lagi teruk sebab jerawat dia jenis besar-besar, orang panggil jerawat batu. Masa mula-mula dia masuk kerja, jerawat dia teruk gila. Then lama-lama aku perasan jerawat dia start hilang, redness kat muka pun makin berkurang, so aku tanyalah dia pakai produk apaaaaaa. Pyka cakap "kita tak pakai produk, makan ubat doktor bagi je".

GOTCHAAA...pernah tak kita terfikir untuk jumpa doktor tentang masalah jerawat kita? Tak pernah kan? Pikir nak beli produkkkkkk aje. Tapi tak semua doktor kat klinik tu dia pakar kulit. So setelah menemuramah si Pyka klinik mana dia pergi, so aku pun pergi lah kat Klinik Pantai kat Yong Peng tu. Kat board depan klinik tu memang ada tulis rawatan-rawatan yang disediakan dan ada state "Pakar Masalah Kulit". Yes, I'm on the right place :)

P/s: I think semua Klinik Pantai ada doktor pakar kulit. Just try je pergi mana-mana klinik tu okay? 

Jumpa doktor, dia akan tengok condition muka kita, dia akan tanya kita ada alergik ubat jenis apa, dia akan nasihat jangan makan oily food sangat bla bla bla. Then doctor akan bagi kita pil antibiotik selama 1 bulan, beserta ubat gel untuk disapu dimuka. Bayaran hampir RM100 jugak, tapi berbaloi. Since aku pun dah give up on any useless product yang kat pasaran sekarang ni. TESTIMONI SEMUA MENIPU. Sometimes kelakar betul cara dorang nak tipu customer. Gambar BEFORE muka macam belacan, gambar AFTER muka putih gebu macam yogurt amik gambar MUKA MENGHADAP CAHAYA THEN PAKAI CAMERA 360/BEAUTY CAMERA. Gambar testimoni SAMPAHH okayyy. **sorry hakakk tercarutss pulekk

Alhamdulillah after aku ambil antibiotik tu tak sampai 2 minggu, muka aku dah clear dahhh. No more jerawat. Sometimes bila datang bulan adelah seketul dua yang singgah tapi tak mengapa sebab bila ada jerawat itu tandanya kita MUDA lagi. After aku habiskan antibiotik tu selama sebulan, aku follow up semula dengan doktor, then doctor kata dah tak perlu ambil antibiotik tu lagi. Ambil ketika perlu saje (time period memang muka aku naik jerawat, so time period jelah aku makan pil tu 2-3 hari then stop). Until now, ubat tu masih ada lagi dalam simpanan aku. Aku cuma ambil time muka ditumbuhi jerawat je. Dan Alhamdulillah aku pun dah tolong beberapa kawan aku yang ada masalah jerawat batu yang teruk, aku nampak sendiri kesan pada diorang, diorang happy, mynn pun happy!

So, my skincare just depend on this antibiotics, face wash, dan lotion pelembap muka. 3 benda ni saje. Dah tak payah nak percaya kat segala produk mengarut kat luar sana. Mynn pun dah tak heran dengan segala produk pemutih bagai. Because for me the most important is having a healthy skin and body.


**Ni lah favorite spot jerawat pasir aku tumbuh. Kalau sentuh dengan jari menggerutu gila. Whitehead pun bersepah kat hidung menceracak timbul. Nak picit satu hari pun tak habis. Tapi yang kat gambar ni tak teruk sangat jerawat aku, sikit-sikit je yang timbul. Before this lagi teruk dari ni.


**This is my face condition after several days taking antibiotics. Kalau sentuh dengan jari kulit tu rasa rata je. Redness+open pores jelah tak mampu nak hilangkan lagi.


**Dah mampu tersenyummm. Aku selfie ni semua guna camera biasa, bukan guna camera B612 atau 360 ye. No filter okayyyy.



**Muka lapikkan dengan foundation tipis, so hilanglah semua redness tu :)





But before that, untuk ambil antibiotik sama jenis macam yang aku ambil which is "Doxycycline" kena baca ni dulu sebagai panduan (harap-harap paham lah ye, malas nak translate kan huhu):




What is Doxycycline?
Doxycycline is a tetracycline antibiotic. It fights bacteria in the body.

Doxycycline is used to treat many different bacterial infections, such as acne, urinary tract infections, intestinal infections, eye infections, gonorrhea, chlamydia, periodontitis (gum diseases), etc.

Doxycycline is also used to treat blemishes, bumps, and acne-like lesions caused by rosacea. It will not treat facial redness caused by rosacea.

To make sure Doxycycline is safe for you, tell your doctor if you have:
  • liver disease
  • kidney disease
  • asthma or sulfite allergy
  • a history of increased pressure inside your skull
  • if you also take isotretinoin (Amnesteem, Claravis, Sotret)
  • if you take seizure medicine (carbamazepine, phenobarbital, phenytoin), or a blood thinner (warfarin, coumadin, jantoven).

Do not use doxycycline if you are pregnant. It could harm the unborn baby or cause permanent tooth discoloration later in life. Tell your doctor right away if you become pregnant during treatment.
Doxycycline can make birth control pills less effective. Ask your doctor about using a non hormone method of birth control (such as a condom, diaphragm, spermicide) to prevent pregnancy while using doxycycline.
Doxycycline passes into breast milk and may affect bone and tooth development in a nursing baby. You should not breast-feed while you are taking this medicine.
Children should not use this medicine. Doxycycline can cause permanent yellowing or graying of the teeth in children younger than 8 years old.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Before aku habiskan entry ni, aku nak cerita sikit kenape aku pilih facewash Bio Essence dan pelembap muka Aiken ni. So far, this is the best product i've used. 

Kulit muka aku jenis combination, ada kawasan berminyak dan kawasan kering. If pakai facewash selain ini muka aku akan kering dan mengelupas. Nak senyum pun sakit, sebab kulit kering. Bio Essense ni mengandungi Bird's Nest, collagen, takde tightening-feel after cuci muka, ia akan minimize kan whitehead, dan melembapkan kulit. I will stick with this facewash forever! Harga dalam pasaran dalam RM25++ kot untuk yang new packaging tu. Yang ni masih old packaging.


Before keluar rumah aku akan pastikan pakai losyen pelembap ni dulu kat muka, then pakai foundation yang ada sun protection. Sebelum tidur pun aku bantai pakai pelembap ni sebab bila aku bangun pagi, kulit akan keluarkan minyak-minyak berlebihan, so dapatlah kurangkan penghasilan whitehead. Yang best pasal losyen ni dia oil-free water-based textured. Cepat meresap kat muka dan tak berminyak. Harga dia pun murah, tak sampai RM 10. 

#Tips
Ramai orang fikir dengan cara mencuci muka dah cukup untuk bersihkan kotoran dan mekap kat muka. Sesungguhnya anda salahhh. Disebabkan liang-liang pori aku terbuka, so nak kena jaga lebih sikit. Normally aku akan tanggalkan mekap guna wet tissues (pastikan yang alcohol free), dan titiskan sikit minyak Johnson baby oil tu kat wet tissue tu supaya mekap mudah nak tanggal. Dah clear semua baru cuci muka okay?

So, aku harap perkongsian aku ini dapat membantu adik-adik, kakak-kakak, dan abang-abang yang mengalami masalah jerawat yang teruk dan masih tidak menjumpai solusi untuk menghilangkannya. Let us have pimple-free skin from now YAYYY!!! Kalau ada sebarang pertanyaan tinggalkan kat komen box ye.

Salam sayang dari Mynn :)
Bye-bye...





3 comments:

  1. Akak jumpa yg Dr Santha tu ke? And.. berapa kene charge kalau jumpe first time tu? Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Jumpa dr.santha tu lah. Just prepare rm100 macam tu la. Sebab masetu kena rm80 lebih. Depends berapa banyak ubat dia bagi.

      Delete