Tuesday, June 23, 2015

Phuket atau Krabi?



OR....



Dah sebulan lebih berlalu, baru datang mood nak update blog pasal percutian ke Phuket dan Krabi pada awal May lepas. 3-6 May ke Phuket, dan 12-15 May ke Krabi. So, taknak lah cerita panjang sangat pasal percutian tu. Highlight-highlight sikit jela ehh, disebabkan ramai yang bertanya kat mynn "Phuket dengan Krabi, mana best??" Id like to answer that question hereeee :)



Okayyyy, lets start with Phuket. Punca lari ke Phuket adalah sebab GST. Konon nak lari kejap dari negara ber'GST' ni, nak lari dari ke'stress'an kerja, nak lari bersama kekasih hati, nak nikah senyap-senyap kat sana. KAHKAHH! When i tell my mom i'm going to Thailand she was like 

"Asik pegi siam je kakak ni, nikah senyap-senyap ke apa kat sana". 
"No mom, i'm not doing that, unless mak tak restu dengan pilihan kakak, i will go there and marry the guy right there!" *joke* *joke* *kena lempar dengan senduk*


*lets go Buggy-Boo!

*KLIA2. Masa tengah lepak kat sini sambil charge handphone kena halau dengan security guard bangla. Cilake beteii :( This is my country lah woi! Sukahati akulah nak dok mana!



Selama 4h3m mynn stay di Hallo Patong Hotel & Restaurant berdekatan dengan Patong Beach dimana ia merupakan tarikan utama di Phuket. Review berkenaan hotel tu? Okaylah, dont expect it will be like 5 stars hotel, just nice. Dapat bilik dengan balcony, even the room were facing the road its not really noisy sepertimana review-review di tripadvisor yang mengatakan ada yang sampai tak boleh tidur sebab bising, for me its okay je weh? But if youre open the sliding door memang bising lah. Ada pool kat rooftop, but i cant really get it why the water is salty, i think air tu dia ambil dari air laut. And then hotel jugak ada kasi rent motorcycle dengan rate THB250 untuk 24 jam. The only thing i'm not satisfied is the hotel WiFi. Seriously the connection is very bad! 





*view from balcony tak berapa best.


 *ada safety box dan small fridge. sorry muka sememeh

*pool dia tak best. tapi view cantik lahh



Ohh ya, dari Phuket airport nak ke Hotel boleh naik minivan dengan tambang THB180 sahaja. Keluar je dari Arrival Hall, make sure dah step keluar dari airport, nampak jalan besar kat luar tu korang akan nampak kaunter jual tiket tu. Van tu lebih kurang macam tourist van tu, sempit gila, takkk suka naik. And dia akan stop by di agency tour, dia akan suruh kita semua turun dan promote dia punya tour package. Jangan tertipu yeee, tour package dorang tu mahal nak mampus. We can get cheaper tour kat area Patong Beach tu. Its really pissed me off when you ride the minivan for almost an hour to reach the hotel. Naik flight pun tak lama macam tu. So the whole journey, mynn banyak tidur. So, kisahnya ni percutian di Phuket memang bertemakan tidur semata! HAHAHA


*cari kaunter ni. tak payah mengada nak naik taxi dorang. mahal chuolls



Since the following week mynn akan ke Krabi, so pergi Phuket ni mynn memang elakkan untuk buat any sea activities sebab kat Krabi nak main air laut sampai lebam. So, apa yang best di Phuket? Only one thing captured my interest. Its a TIGER KINGDOM! Second day after breakfast di Mc Donald's, while walking around ada uncle yang bawak tuk-tuk shows tempat-tempat best yang dia boleh bawa seperti tempat menembak, tempat naik gajah, tempat go kart, dan tempat harimau. Of courseeee mynn teruja dengan tempat harimau tu. So dengan hanya tambang THB300 that uncle akan bawa ke Tiger Kingdom, dont worry, uncle tuk-tuk akan tunggu kita berapa lama punnn untuk bawa kita pulang semula ke hotel. 



*Selamat datang ke Kerajaan Harimauuu


Nak masuk ke Tiger Kingdom tu ada bayaran. Semakin kecik harimau tu, semakin mahal lah tiketnya. Seingat mynn, yang baby tiger tu harga tiket dia dalam THB1000-1200 kot. While for adult tiger with size medium or big, the price is THB800. Ada juga pakej yang tawarkan both baby and adult tiger, tapi mynn tak ingat berapa price dia. Dan boleh juga gunakan khidmat photographer professional kat situ untuk bergambar dengan tiger dengan harga THB500. Nanti dia akan ambilkan gambar kita dan boleh dapat hard+soft copy. Tiger Kingdom ni bukan macam zoo biasa dimana kita hanya dapat tengok harimau tu dalam kandang, inilah tempat untuk kita pegang dan sentuh harimau tu secara dekat tanpa diterkam oleh beliau! HAHA



 *tazabarrr nak enter cage. cuaca panas, its good tho



Tipulah kalau tak ketar lutut bila nampak harimau tu. Dengar dia ROARR je pun dah nak pengsan rasanya. Lama jugak berdiri kat entrance tu deciding nak meet adult tiger or baby tiger. Since dah datang jauh-jauh, kalau setakat baby tiger size macam kucing tu macam tak berbaloi je. Dah alang-alang baik ambik adult tiger. Kena baham ke ape belakang cerita. So, mynn belilah tiket untuk adult tiger yang bersaiz medium. Tak berani nak ambil size big. Tapi alangkah terkejutnyaaaa sewaktu melangkah masuk ke dalam kandang dia. OMG its very big woiii! Kalau size medium dah macam ni punya besar, yang size big acane pulak? And i thought at first satu kandang satu harimau, rupanya satu kandang ada 3-4 ekor harimau. Ada yang tengah melepak, ada yang berjalan, ada yang tido. Y'know the feeling once you enter the cage like, ibarat kau ni seekor kuda belang gemuk yang diletak di dalam kandang harimau sebagai santapan makan tengahari mereka. Shivers and the adrenaline rushed all over your body but once you touch the tiger, you will know how tame they areeeeee. Since all the tiger here are raised and used with human since small, thats why mereka ni jinak. Ada jugak yang kata those tiger are being drugged, thats why they looked calm dan mengantuk sentiasa. Hmm entahlah. Yang penting mereka ni comel. But beware with libasan ekor mereka. Ganas jugak. Dan ada cara dan method untuk belai mereka ni. Tak boleh usap dia macam kau usap kucing kat rumah tu, ingat bahawa ini harimau. So cara nak usap dia kena kasar sikit. Kalau boleh keluarkan sikit kuku korang tu untuk usap dia. Bulu dia kasar, ekor dia berat, dan harimau kat sini semua pemalas gemuk kuat tido macam mynn :D



*mynn be like..."is these even real....are they really aliveee"

















Okay now nak cerita pasal nightlife di Phuket. For those yang kaki club, kaki perempuan, kaki pondan, kaki hiburan, ni memang tempat dia. Kat area Bangla Road tu, open bar kat situ sangat meriah time malam. Suka betul mynn tengok pondan-pondan menghayun punggung nak tarik customer. Bila tengok pondan-pondan kat situ, compare dengan diri aku yang originally female, hmmmmm terasa diri ni macam kacang buncis, dia tu ibarat buah tomato segar yang mungil lagi seksi. Gigit jari tengok kulit mulus diorang, jatuh rahang tengok dada diorang. Hmm cedihh tsk tsk :'(  

*ehh, yang ni bukan pondan eh. 


Honestly jiwa mynn tak ke hiburan sangat. Mynn suka kpop saje. hihi! Jejak nightclub pun tak pernah. So agak terkejut jugaklah tengok ayam-ayam murahan menari tiang bagai, telinga pun bingit. Maka beredarlah mynn dari situ, melepaklah di tepi Patong Beach. Hmmm. Hambarrrrr chuolls. Thats why mynn cakap pegi Phuket ni main activities mynn adalah tidur. Sebab memang mostly i spend my time makan kerepek kentang dalam bilik. 

Hahh, cakap pasal kerepek kentang, nak share sikit tempat-tempat makan kat Phuket. Susah jugakla nak cari makanan halal area Phuket, Jangan tertipu dengan tempat-tempat makan yang ada sign Halal tapi still ada serve pork. Euwww. Yang mynn ingat ada satu tempat ni area masjid, kat situ memang kedai makan dia dijamin halal 100%. Ada satu kedai makan tu nama Saveena Food, tomyam dia sedap! Pandai-pandailah cari mana masjid tu. Pusing jelah naik motor mesti jumpa punyaaa. Lagi satu shopping mall Jungceylon pun dalam walking distance from hotel, situ pun ada tempat halal untuk makan tapi malangnya tidak berjaya ditemui sebab mall tu besar sangat. HAHA


*nothing to do? watch movie will do. tak silap tiket movie THB160. mynn tengok movie The Avengers kat sini. Seat dia selesaaa tak ingatt woii



So, nothing much i did in Phuket. Just jalan-jalan cuci mata, strolling around at the beach, tengok mat-mat salleh berjemur dengan sadonya, ride motorcycle sampai kebas punggung, buat foot massage dan juga menambah patah hati dalam diri. KENAPA? Sebab hari ketiga di Phuket i got news yang my beloved cinta hati abam Fahrin Ahmad announced his married! Ku kira ke Phuket ni boleh hilangkan stress, rupanya lagi bertambah stress! Berlinanglah jugak airmata mengenangkan abam pahrin bakal berbini. Bermulalah episod duka seorang Mynn :( 

Maka keesokan harinya mynn pulanglah ke Malaysia dengan hati yang lara. Bukan lara alana eh. Dan mynn juga demam selama 3hari.



The End.



Now berpindah pulak cerita pasal Krabi. Tema percutian adalah untuk mandi. Hehh. First impression pasal Krabi, 

"keciknyaaa airport dia" 
"lembabnya imigresen diaaaa" 
"ramainya muka melayuuuu"

Dari airport nak ke hotel naik bas je. Tambang THB150 seorang, dia memang akan hantar sampai betul-betul depan hotel. Sama jugak seperti di Phuket, kita akan stop di tour agency, dengarlah diorang membebel promote tour package mahal nak mampus tu. Bodohlah korang kalau amik package tu. HAHAHA

 *before keluar dari airport cari kaunter shuttle bus ni dulu kat bahagian dalam airport. jangan jadi macam mynn, bodoh-bodohh je keluar terus dari airport terus nak naik bas. HAHA i thought ticket bus counter dia kat luar (maluuuu)



*dalam bas :)



Okay kali ni mynn tak stay di hotel. Mynn stay di guesthouse. Guesthouse tu nama dia "3 Bees Guesthouse". Highly recommended for those yang bajet ciput tapi nak bilik ada aircond. Sebab mostly hotel-hotel bajet, atau resort-resort murah, bilik dia cuma pakai kipas je. Bila teringat pernah tido kat Tune hotel JB, ambil room basic without A/C, pakai kipas je, panas gila woii. Boleh mengamuk kalau ingatkan kepanasan tu macam mana walaupun dah bukak tingkap. Book guesthouse ni melalui Booking.com, dapat RM46 per night. Murah gila kan? Kalau walk-in bilik with balcony dalam THB500 je per night. Punnn murah. Tapi guesthouse ni jauh sikit lah dari Aonang Beach tu. Malam last di Krabi tu mynn dengan fyza berjalan kaki je pun dari guesthouse sampailah ke Aonang beach tu. Agak gila jugaklah sebab memang jauh. Well, we're superwomen tho :D






Tak habis lagi cerita pasal guesthouse tu, bilik dia takdelah besar sangat tapi besar sikitlah dari hotel kat Phuket tu. From the balcony, nampak view bukit. Cantik woi! Katil pun king size. Ada jugak yang jenis dormitories. Mostly guesthouse bathroom kena share, but kat sini each room ada bathroom sendiri. So privacy lah sikit nak mandi tu kannn (since mynn kalau mandi memang lama gila) Kat pintu depan tu memang kena tanggal kasut, memang perlu berkaki ayam sepanjang berada dalam guesthouse ni. So, memang feel like home lah kat situ. WiFi pun laju. Nak sewa motor pun boleh dengan rate THB200 sahaja for 24hour. Nak ambik pakej pusing pulau murah pun book je kat receptionist. Yang tak bestnya cuma bathroom dia sempit, dan agak kotor. Tu jelahh. Bayar ciput, tak boleh nak complain banyak. Overall puas hati. Very recommended!

*view from balcony



Second day di Krabi, we decide to follow someone's who expert bab jalan kat Krabi ni untuk ke Emerald Pool. We went there by scooter ikut guide dia. 70km woi dari Aonang. Memang gila jauh, kebas punggung. But its worth rather than book package which is almost THB1000 kot kalau nak ke Emerald Pool. Lagi satu kalau ikut pakej, nak kena ikut time dia, dan ada visit tempat macam temple tu, i dun want that. I prefer cheap budget, free and easy. Boleh ikut kepala sendiri. Isi minyak motor pun dalam THB100 je. Entrance fee THB200. Jimat banyak okayyyy. But exhausted dia jangan cakap lah. 


On top photo, abang Taufik yang paling kiri. Day before depart to Krabi, i went to change money at BP Mall, kebetulan abang tu queue kat sebelah mynn. We noticed that two of us changed THB money thus he asked me

"Melancong ke thailand ke?"
"Yess, saya nak ke Krabi"
Kemudian abang tu tersengihh. Mynn asked lagi
"Awak pun nak ke Krabi ke?"
Abang tu angguk kepala sambil tersenyum lalu menjawab
"Saya pegi by train, awak naik ape? Flight eh?"
Turn mynn pulak angguk kepala. Abang tu tanya lagi
"Pergi bila? Stay hotel mana?"
"Saya pegi esok sampai 15hb. Stay kat 3 Bees Guesthouse di Aonang"
Sengihan abang tu makin melebar. Hmm pelikk. Lalu mynn pun cepat-cepat beredar dan berkata "see you there hehee" *sambil beri senyuman kelat*

Malam first di Krabi tu, time mynn dan fyza busy nak rent scooter di guesthouse entrance, abang tu dan Pakcik Yunus (top photo at the right side) pun sampai. Lama mynn perhati abang tu, macam pernah nampak. Tengok muka dekat-dekat, rupanya abang kat money changer tu! Alahaii kecik betul lah Krabi ni. Dia pun tersengih-sengih tengok mynn. Nasib baiklah dia datang dengan bini, kalau tak memang bergetar jugak rusuk ni. KAHH! So second day tu memang kami buat activities together.

*Can't really remember how many times kitorang stop to rest time pergi Emerald Pool tu. Bontot berasapppp. Dekat 1 jam baru sampai :'D


*tempat jual tiket entrance dia burukk. HAHA





One word to describe Emerald Pool, "its HEAVEN"

*the blue streammm OMGG so pretty


*lama jugak mynn dan fyza berkubang dalam ni.


Tak jauh dari Emerald Pool, panjat atas sikit, merentasi hutan-hutan sikit akan jumpa Blue Pool. Teruja gila bila nampak Blue Pool tu sebab bila kita tepuk tangan nanti akan keluar bubble-buble dari dasar dia. Its amazing right? Air dia pun betul-betul blue, seakan ada keluar cahaya biru dari dasarnya. Kat situ tak dibenarkan mandi. Ambil gambar je bolehh. BLUE POOL, ITS NATURALLY BLUE!


*baru ambil gambar satu, hujan pulak turunnn :(


After Emerald Pool, next destination tak jauh dari situ ada tempat nama Hot Stream. SHINee's fan mesti pernah tengok reality shows yang Onew pergi Krabi dan mandi kat Hot Stream ni. Tengok kemain seronok dia mandi kat situ, but once i get there, hambar jeeee. I dunno how to enjoy hot stream time matahari pun terpacak tegak atas kepala. Should go there on night time kot baru best mandi. But seriously tempat dia cantik. Orang-orang tua je yang ramai berendam. While me dengan fyza berpeluh-peluh lagi laju dari air dia. HOT STREAM WATERFALL, NATURALLY HOT!







Third day di Krabi, we decide untuk ambil pakej island hopping. THB450 untuk pusing 4island by long tail boat, siap snorkeling dan lunch. Book package tu kat guesthouse tu je punn. Bus pickup us pukul 8.30 pagi, time balik pun dia akan hantar ke hotel semula. Hmm, macam mana nak cerita ehh. I dont think that i like beach so much. Masa pusing island tu, at first stop, still seronok lagilah nak main-main kat air laut dia, air dia sangat jernih, pasir dia putih cantik, then stop pulak kat second island, aku dan fyza dah merasakan kehambarannn tahap maksima. Masa tu kitorang berdua je yang mulut bising nak balik bilik. Island is boring! Luckily we didnt book the tour package 7island tu, kalau tak memang mereput la nak habiskan island-island tu. 




We also get to know a Germany guys who came to Krabi alone, he sat beside me on the boat, kesian jugak tengok dia sebab sorang-sorang je, so mynn pun menyibuklah ajak borak. Dan sebenarnya while i'm in Krabi, time tu baru je baik demam, and i am losing my voice. While chatting with him i said "sorryy i lose my voice, it must be hard for you to hear my words", and his replied really really madafakaaa i want to punch you on faceee! He asked me "partying too hard? having sex too loud?". Tchhh. Padahal aku pun tak tahu kenapa suara aku boleh hilang masa kat sana. Mungkin panas sangat kott. 






And i think my fish-phobia getting worst. I dont really like fish, i scared with them. Dalam kata lainnya geli. Kahkahh! So snorkeling is the most frightening things ive ever did in my life. Its my first time okayyy, and maybe last time. 

Describe snorkeling in one word, "its NIGHTMARES"




Malam terakhir di Krabi dihabiskan dengan shopping souvenirs sikit-sikit, melantak mee celup, makan kat subway, dan reward untuk tubuh sendiri, having oil massage! THB250 for 1 hour. Sangat best massage kat Thailand! But nightlife di Krabi tak semeriah di Phuket, malam di Krabi agak sunyi. Kedai-kedai tutup awal. Pukul 12 semua dah tutup dahh. Tak best betul :(






So, berbalik kepada persoalan utama. Phuket atau Krabi? Mana best? Kalau ikut cara mynn, cuma satu cara je nak ukur best ke tak tempat tu, tanya pada diri sendiri, nak repeat visit atau tak? Hmm, kalau Phuket, maybe yess kot. Krabi? Maybe not. 

Phuket, nightlife best, meriah, suka tengok gelagat pondan jual badan. Jarang nampak muka melayu kat Phuket. So, perasaan tu macam berada kat Europe, atau pantai Hawaii. LOL. Puas sangat cuci mata tengok tubuh sado abamm bermata biru. Massage & motorcycle rent a bit pricey compare than Krabi. Package island hopping juga 2 kali ganda mahal daripada di Krabi. Makan pun mahal sikit. Agak susah cari makanan halal. But once you can find the area, berderet kedai halal kat situ sampai berpinar nak buat pilihan. Patong beach tak lah cantik mana. And the things is, i want to repeat Phuket because i want to visit Tiger Kingdom again and play with baby tiger, also next visit im going to stay at Kata Karon beach. Kat situ air dia sangat biru compare to Patong Beach.

Why mynn tak nak repeat Krabi? Simple answer, ianya bosan. HAHA! Dan mungkin juga orang-orangnya yang mynn kenal disana tidak begitu memberangsangkan. Melayu kerek bersepah. Mynn pun ikut kerek sekali. Makanan halal senang cari. But mostly its suck. Tak kena dengan selera. Sepanjang disana, wherever we go eat, kami akan order satu menu sahaja. Then share with fyza sebab takut tak sedap, ini juga merupakan salah satu tips jimat HEHE. Sometimes kena ketuk kaw-kaw harga makanan mahal. If jenis sukakan laut dan pulau, tour package kat sini murah compare to Phuket. Pondan Phuket sangatttt cantik, pondan kat Krabi baju je cantik sebab dorang pakai gaun kembang macam princess tu but muka macam Mona Fendi, bahu lebar, terserlah sangat kejantanan. Honeymoon di Krabi? OF COURSE NOTTTT. I dont think its romantic place at all. 

Bring me to Paris Disneyland instead, or AVANI Sepang Goldcoast. Thats the most romantic place i wish to go! HAHA!!! *kata mynn kepada bakal suami*


One thing i like about Krabi, tak perlu budget besar. Ni konon budget secara rough la before pergi. Mynn pun memang tukar THB4000(~RM450) je untuk kesana 4h3m. Its more than enough! Flight ticket RM180+RM450=RM630. 


p/s: Am i the only one person who loves travelling yet i always felt like wanna go back to my country so badlyyyy on a second day because the food i ate there not suit my taste? 


*returning to my GST country YAYYY *giggles*

18 comments:

  1. Woah..best nya.. anyway.. u pergi nie bulan bpe? Then..3 bees guesthouse tu jaoh sgt ke dgn ao nang beach? Dlm 1 km tak?? Dah book inn tu la..😣

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Woah..best nya.. anyway.. u pergi nie bulan bpe? Then..3 bees guesthouse tu jaoh sgt ke dgn ao nang beach? Dlm 1 km tak?? Dah book inn tu la..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pergi bulan May tahun lepas. I think 1km lebih sikit kottt. Tapi okay lah stay situ, selesa. Sewa je motor, boleh jalan2 naik motor je :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Nice. Im planning to go to Vietnam, Cambodia, Thailand, Malaysia, Singapore for one month full next May. And Phuket & Krabi is one of my destinations in Thailand. So thank you for sharing the info.

    Salam dari Jogja-Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sahabat dari seberang. I also planning on visiting your country this coming august. Btw, enjoy your trip :)

      Delete
  6. hi. time pegi phuket may last year tu hujan tak. sbb may tu musim hujan dkt sana . thanks

    ReplyDelete
  7. saya dah pegi dua2 destinasi... kelebihan ada pada tempat masing2... krabi utk pencinta pulau2 nyer sangat memukau... Phuket bagi pencinta hiburan malam... pondan kat Malaysia pun cantik2.. cantik buatan... ahakss love travelling too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi dua-dua tempat best la. Ada tarikan tersendiri. Pondan malaysia ayu-ayu sekarang. Pakai tudung lagi. Hew hew

      Delete
  8. Hi,

    Glad you enjoyed your holiday in Avani Sepang.

    Next time you or your friend is visiting, you can book via this site to get member discount rates at Avani Sepang

    ReplyDelete
  9. part begambar dgn tiger memang tabik spring tew. Takut takut😁

    ReplyDelete