Wednesday, January 21, 2015

Hongkong Part 2: HK Disneyland sangat best!




 FRIENDLY REMINDER
For me, any photo WITHOUT MY FACE ON IT are meaningless. That's why i took a lot of selfie here with intended to show the BACKGROUND, NOT MY FACE. So mohon abaikan muka lebar aku tu. Korang tengok je background belakang yang indah lagi cantik tu. Happy reading dan bye!



Mynn kembali dengan travelognya. Day 3 adalah klimaks untuk trip ni sebab kitorang nak melawat Disneyland!!! Tempat tu sangat best bagi dewasa berjiwa kanak-kanak macam aku ni. For those yang berjiwa more kepada adventure dan extreme, tak payah datang sini. Better korang pergi lagi satu theme park famous kat Hongkong iaitu Ocean Park. Menyesal jugak sebab decide masa yang sangat singkat untuk explore Hongkong. Kalau tak boleh pergi Ocean Park sekali. Orang cakap Ocean Park lagi best dari Disneyland sebab dia gabungan USS+Aquaria KLCC+Genting+Zoo. Tempat tu pun cantikkkk. Insyaallah ada rezeki lagi nak pegi Ocean Park + Macau terussss. Muehehehehehe :D


How to go Ocean Park from MTR Mongkok:

MTR Mongkok --> MTR Admirality Exit B2 --> Admirality Bus Station take bus No.629 (20minutes ride) to Ocean Park




Okay sambung cerita pasal Disneyland. Macam mana nak pegi Disneyland? Naik MTR je. Make sure kat line yang betul okayyy.

How to go HK Disneyland from MTR Mongkok:
MTR Mongkok --> LaiKing *Interchange at Platform3 towards TungChung* --> Sunny Bay *Interchange at Platform 3 towards Disneyland*

Yang membuatkan aku eksaited sampai pagi pun tak kisahkan breakfast adalah nak naik train khas ke Disneyland tu dari Sunny Bay. Seriously train dia comel! Ohh ya, tiket Disneyland aku dah beli siap-siap kat hotel. Dia jual dengan harga diskaun. Kalau beli kat Disneyland harga dia HKD499 for adult tapi kat hotel tu dia jual HKD450 je.


Since Hongkong tengah winter, make sure pakai baju tebal. Sebab seriously kat Disneyland berganda lebih sejuk dari area tempat lain sebab resort tu kat pulau sendiri, dikelilingi laut. That's why sejuk dia lain macam. Dah la pagi tu cuaca tak berapa cantik. Hujan renyai-renyai. Bertambah lah sejuknya. Kalaulahh ada suami disisi. Hmmm

Must bring item kalau nak masuk Disneyland is umbrella + raincoat. At least kalau hujan korang still boleh berjimba kat situ. Tapi kitorang pakai raincoat sekejap je, lepastu buang sebab rasa tak comel dan gantikan dengan penggunaan payung. Hiks :D Wet tissue pun korang kena simpan dalam beg banyak-banyak since dorang punya toilet takde provide pili air. Pakai kasut yang selesa sebab akan banyakkkk berjalan dalam tu. Dan make sure sampai awal pagi dan balik after finish firework show dia pukul 8.30 malam. Baru worth tiket mahal-mahal korang beli tu.


Kat Disneyland ada dua restaurant Halal. Tahitian Terrace (lokasi kat Adventureland) dan Explorer's Club Restaurant (lokasi di Mystic Point). Kitorang makan kat Tahitian Terrace, dua orang makan total HKD218 (around RM100++). Kat sini memang semuanyaaaa mahal. Even mineral water botol kecik tu aku beli HKD25 (around RM11). Air mineral paling mahal aku penah minum. Kahkahh XD Sebab makanan dan minuman luar tak dibenarkan masuk, tu yang terpaksa beli kat dalam. Redho jelahh.

Kat Disneyland ada banyak show, tapi satu pun kitorang tak tengok sebab busy naik semua ride, busy berselfie, busy beratur untuk ambik gambar dengan character cartoon. Satu benda je yang membuatkan aku hampa, aku langsung takde jumpa Princess Elsa & Anna. Chipmunks pun takde jumpa. Entah mana dorang menyorok. Lagi satu yang membuatkan aku hampa ialah Sleeping Beauty Castle tu. Tak real pun castle tu! Lower part je real. Upper part dia lukisan je. Cisss. 

Seronok kalau datang Disneyland bawak anak. Lagi seronok bawak pakwe. Kemain aku tengok orang sana datang dengan pakwe, siap peluk cium depan aku. Hmmm (hati terguris). Insyaallah kalau ada anak nanti aku nak bawak dia datang Disneyland, aku lepaskan dia kat situ, kau pergilah main jauh-jauh. Mummy nak dating dengan daddy berdua. Kahkahh


Lagi satu, ramai cakap "whoahhh bestnye dapat pegi Hongkong time winter..." Kat sini aku nak bagitau korang, korang ingat best ke jalan-jalan time winter ni? Orang pun balas lahh "mestilah best, sejuk je, badan tak melekit, ketiak tak berkuah..." No sayang-sayang sekalian. Aku rasa macam serik pergi tempat sejuk. Disebabkan sejuk melampau, badan jadi lemau. Mata jadi mengantuk. Kadang rasa macam nak demam. Masa kat Disneyland, aku dengan Kecik je yang siap pakai sarung tangan sebab jari-jari tu sampai kebas sebab sejuk sangat. Orang lain rileks je, siap ada yang pakai skirt pendek. Maybe dah biasa dengan cuaca sejuk while us dah macam tenggiling meringkuk kesejukan, sampai satu tahap tu si Kecik lari-lari pusing-pusing sambil melompat-lompat kat area Main Street USA sebab nak panaskan badan. Kahkahhh XD Maybe tubuh badan kitorang ni memang specially designated untuk negara beiklim khatulistiwa je kot. So buang jelahh harapan nak menetap kat negara 4 musim. Aku lebih suka summer. SERIOUSLY! 

K takde banyak nak cerita. Layan gambar je. 


Location: SUNNY BAY


Masuk je train ni semua orang berselfie dah macam pertandingan. Sape selfie paling banyak win!!! Sape selfie paling sikit kena campak keluar dari train! 



Nampak je pintu gerbang, Mynn & Kecik is no longer a teenagers. We're 12y/o kids (sambil hingus meleleh dan kesat kat lengan baju)






Location: MAIN STREET USA


Masuk je Disneyland terus nampak Pluto si anjing cokelat tu. Apelagi Mynn berlarilah peluk dia. Balik malaysia nak kena sertu satu badan ni.



Lepastu nampak orang beratur panjang-panjang ni sebab nak bergambar dengan Mickey & Minnie. Hmm tak masuk akal. Tikus je pun, sanggup manusia-manusia ni semua beratur panjang ambil giliran untuk bergambar dengan tikus. Mynn pun nak jadi tikus jugaklah macam ni :( 



Hmm tikus je pun. Mynn pun ikut beratur panjang dalam hujan sebab nak bergambar dengan tikus 2 ekor ni. 


Ini hasilnya. Mynn lagi gemuk dari tikus :(



Whatsapp gambar ni kat mak, dia sebok dok tanya "Mickey Mouse tu hidup ke...." "Pluto tu hidup ke..." Makk oh makkk. Semua hidup kat sini makk...


Jalan lagi dan kami jumpa CINDERELLA pulak kat Fantasy Garden! Aaaaa sangat cantik. Nak cantik nak kurus macam cinderella jugakkkk T_______T







Location:  ADVENTURELAND




Brunch kat Tahitian Terrace. Restaurant dia cantik! Kipas dia cantik! Persekitaran dia cantik! Mynn je yang tak cantik. Hmm :(




Then lepas makan pergi queue-ing untuk naik bot ke Tarzan Tree House.



Basah dan sejuk. 


Dah kat atas bot. Nasib baik tak tenggelam. Mynn kan gemuk :(



Izinkan Mynn gembira berselfie sekejappp sementara bot ini masih elok terapung diatas air :')







*BEBERAPA MINIT KEMUDIAN...*





Alhamdulillah selamat sampai kat Tarzan Tree House. Maknanya Mynn tak gemuklahh sebab bot tu tak tenggelam. Kahkahkahhh!!! 


WELCOMEEEE to Tarzan Tree House! (berangan macam rumah sendiri)


Rumah tarzan ada air terjun. Rumah kau ade???

Hujan ke??

Selfie ciked!




Abamm tarzan ni seksi lah. Dah la cawat tu sama color dengan kulit. Aku ingat ko bogel. Hmm tutup la ciked abammm! Tak pun tukar color cawat tu!

Ni apehal nie? Tarzan dah rasuk dalam diri??

K mynn dah kembali dengan selfie normalnya.


Peralatan memasak zaman tarzan.

I swear when i see this baby elephant, i thought it's ALIVE. Sebab dia bergerak-gerak dan ada bunyi. Siap boleh sembur air dari belalai dia. Rupanya fake je! *terajang gajah tu*


Cubaan suara Aaa...aaa...uuu.....uu

Aaaaaaaaaaaaaaaaa.....ooooooooo....aaaaaaaa..........!!!!!

Now we're passed to be next female Tarzan!







Location: GRIZZLY GULCH










Mynn terpenjara...


....di dalam hati abamm Fahrin Ahmad :'(

Muka penjenayah aku menjadi. Mohon tangkap dan cium. Hikss :D



KYAAAAAA I FOUND GOLD.......!!!!

AND ITS ALL MINE!!! *peluk kuat-kuat bawak balik malaysia*

Its laboratory.


Kat area laboratory to ada roller coaster. Kitorang naik dan.......

........roller coaster tu tak bergerak.


LOL. Memanglah tak bergerak sebab itu display dia kat luar je. Hehh. Roller coaster tu takdelah extreme sangat, takde pusing-pusing 360 darjah pun. Cuma dia laju gila keluar masuk dalam laluan gua dan time dia gerak slow-slow tu adalah beberapa ekor binatang buas (harimau, beruang, singa, dan tak ingat) yang takutkan kita. Then roller coaster ni jugak berjalan secara berundur. Terkejut gila bila elok-elok je dia jalan ke hadapan, tetiba berundur dengan selaju-lajunyaaa.











Location: MYSTIC POINT



At first masa masuk Mystic Point ni macam membosankan je sebab macam muzium. Sampailah kat satu part tu kita akan naik ride, dan berkenalan dengan seekor monyet nie, pelbagai perkara mistik yang akan korang tempuhi sepanjang ride tu. Sumpahhh awesome gilaa. Aku paling suka part nie!

Seni bina kat Mystic Point ni pun cantik.






Location: TOY STORY LAND

Mynn kompiuss. Sekarang sape yang toy sebenarnye ni? Kenapa aku kecik, kenape engkau besar? Aku ataupun engkau yang toy sekarang ni?!! *MEROYAN*










Kat sini sangat heaven sebab banyak ride-ride yang best sampai ada buat budak tu menangis. Kahkahkahh XD Berlagak sangat nak naik extreme ride, last-last menangisssss!!!! HAHAHAHA


Kat belakang tu ada Mickey & Minnie versi pakai baju koboi. Tak comel punnn. Mynn lagi comel :p




With my bodyguard.



Sebenarnya aku mengharap sangat dapat jumpa dengan bear purple gemuk busuk yang macam dalam movie Toy Story tu. Dah la busuk, hati lagi busukkk. Tapi takde pulak bear tu. Aku baru nak tumbuk perut dia. Macam tahu-tahu je aku datang, mesti dia menyorok kann. Hmm :(


Tapi bila aku google, alamakk kenapa cute pulak bear nie? Kenapa tak busuk? Kenapa tak kotor-kotor badan dia? Aaaaaaaaa.......hilang nafsu nak tumbuk perut dia. Rasa nak gomol. Hikss :D


Tak dapat jumpa bear busuk tu, dapat jumpa dengan Jessie pun jadiklahh. Tapi Jessie sorang je, nak Woody sekali :(





Bye Toy Story Land. Jumpa lagi!








Location: FANTASYLAND

Selamat datang ke dunia fantasi! 


Korang wajib masuk Fantasyland Concert Hall ni sebab boleh tengok Donald Duck buat orchestra dalam 3D. Rasa macam nak picit-picit bontot diaaaa

Fantasy Garden yang sangat cantik. 


We bumped into this old man. Macam witch. HAHA (sebenarnya clueless tak tahu apa character dia dalam Disney)


Then i ask him "are these beard are real?". He answered me "of course! i lived for 500 years..." Eyyyy, pakcik ni nampak beno menipuuuuu


Korang ingat aku syok sendiri ke buat gaya macam ni? Tengok yang kat belakang tuuu. I tried to copy Mickey Mouseeeee okay walaupun failed.







YAYYY Olaf! Musimm panasss....musim panasss~~







Location: TOMORROWLAND





Time ni dah pancit. Duduk kat tepi Tomorrowland makan caramel popcorn yang sedap gilosss tu sambil charge energy. Yang penting, EAT LIKE A BOSSSS :D






Then jumpa pulak dengan BuzzLightYear. Woot woooot teruja gilaaaa! Berikut perbualan Mynn dan Buzz.


Mynn: Lets shake hand!



Buzz: Hello pretty lady! Do you have so much fun here?
\


Mynn: Yessss, but.... Buzz, lets fly together! You can fly right?? 
Bring us to the  sky!!!


Buzz: Yessss I can bring you to the sky....



Buzz: BUT......WITH THIS ⇩ ⇩ ⇩

Okay ride Space Mountain ni paling aku tak suka. I thought roller coaster biasa, but dia roller coaster dalam tempat gelap gelita, cuma nampak bintang dan galaxy. Seriously rasa macam betul-betul terbang kat outerspace! Sangat pening, mual, dan memabukkan. Not recommend to others. Baik korang pegi naik kuda pusing.









Location: MAIN STREET USA



Those candy........


....are SWEET as MYNN :)


Mynn yang kesepiannn.....


....mencuba mencari kekasih hatinya (abamm Fahrin) di dalam beg....


.....malangnya abamm Fahrin tidak berjaya ditemui. Lalu Mynn pun menangis...

.....lantas menuduh si Kecik "KAU YANG CULIK ABAM FAHRIN AKU Eh?! TADI ADA JE DALAM BEG AKUUU...BAIK KO MENGAKU.."


Akhirnya Kecik dan Mynn pun bergaduh dan tidak bertegur sapa selama 3 dekad.


THE END 


*Sad ending ni, korang kena nangis taw....macam ni  ⇩ 



Since hari pun dah gelap, wang HKD masih bersisa, kitorang decide untuk shopping kat Disney Shop. Rambang mata woi tapi hati tak rambang sangatlah sebab semua mahal! 


3pcs keychain HKD128 + fridge magnet HKD45 + water bottle HKD68 + small bowl HKD48 + cake mould HKD98 = Total spend HKD387 (RM178)

Time ambik barang kemain sedappp, bila dah totalkan then convert ke ringgit menangis bhaiii. That's why korang jangan tanya mana ole-ole korang punya sebab beli ole-ole untuk diri sendiri pun dah membuatkan aku bengkrap. Kalau belikan korang, jatuh muflis terus aku agaknya, Hehh :/

Malam tu dalam pukul 7 kot ada Night Parade. Dapatlah tengok Tinkerbell, Donald Duck, Cinderella, Mickey Mouse dll. joget-joget atas kereta berhias. AWESOME gilaaa. Sumpah. Then pukul 8.30 malam ada firework show kat Sleeping Beauty castle tu.




Hari ke-4 di Hongkong dihabiskan di Airport sebab flight kitorang pagi. 4-5 kali masuk 7eleven beli kerepek kentang lah, beli sandwich, beli hot chocolate demi menghabiskan duit syiling hongkong yang seguni. 

Nak share sikit cerita masa dalam flight nak balik. First time aku dengar pramugara nyanyi untuk passenger dalam 4-5 lagu yang berlainan bahasa. Dia dok berdiri kat laluan tengah tu pegang pembesar suara tu then nyanyi. Woohooo semua passenger yang tido pun bangun tengok dia nyanyi. Satu cabin bersorak untuk dia. Comel. Nak kawen dengan diaaaaaaaaaaaaa *peluk kaki pramugara tu*

Sampai je kat KLIA2, terus cari toilet sebab nak tukar baju. 4 lapis kot baju aku pakai sebab Hongkong sejuk. Tiba KL panas gilosss. Badan pun macam nak demam. And then kitorang berdua je yang berjalan laju. Orang lain semua lembab. LOL. Baru 4 hari kat hongkong dah ter'adapt' dengan culture dorang yang jalan macam angin tu. Whooosshh~





p/s : Teringin nak pegi korea. Hiks :D