Friday, July 26, 2013

Lelaki Berusia?




Kenapa tiba-tiba aku buat entry pasal lelaki berusia? Okay, to be honest, dalam usia aku 21 tahun nie (dah nak masuk 22 pon tak lama lagi), dalam kepala aku dah sebok pikir nak cari suami. Nie nak cerita sikit la nie, makcik aku selalu pesan dengan aku macam nie 

"make sure umur kau 23/24 kau dah kawen eh". 

Aku memang rapat dengan makcik aku tu, memang everything aku prefer cerita dengan dia instead of my mom. Tak tahu kenapa, tapi aku lebih selesa dengan dia. Makcik aku tu still awal 30-an, dan dah ada anak 4 orang. Dia selalu advice aku, kawen awal-awal, dapat anak 2-3 orang, then after 30 stop gave birth. Jaga badan, bina kerjaya, bla bla blaa. So, nak dijadikan cerita makcik aku selalu marah aku sebab boyfriend aku sebelum nie semua umur lebih kurang aku. Kerjaya pon tak tetap, harta pon tak ada lagi, and lagi worst kalau si boyfriend masih study lagi. Memang aku kena bebel la dengan makcik aku tu. Kenape? Sebab dia cakap kalau bercinta dengan orang yang sebaya or umur lebih kurang nie, memang tak kemana lah. Ayat femes yang selalu keluar dari mulut dia 

"Kau sanggup tunggu dia habis belajar?" 

"Bila pakwe kau dah habis belajar kau sanggup nak tunggu dia nak cari kerja?" 

"Bila dia dah kerja kau sanggup nak tunggu dia kumpul duit masung minang kau?" 

"Kau ingat bila dia dah kerja dia takde keinginan lain ke selain kumpul duit utk kawen?" 

Mula-mula dengar makcik aku cakap macam tu kat aku, memang aku marah balik. Yelahh, dia sape nak cakap macam tu. "Kalau dah jodoh, tak kemane kan, kalau dah sayang seribu tahun pun sanggup tunggu" <=== Haa nie ayat femes aku membidas kata-kata makcik aku. 

Okay, dulu setiap kali makcik aku advice aku pasal benda nie, memang aku rebel gila ahh. Serius tak boleh terima. Dia suruh aku cari pakwe yang berusia. And i was like 

"Euwwww geli je orang tua, aku anak dara kot" 

Well, aku rasa semua anak dara pon akan pikir macam tu jugak kan. Tapi, setelah mengalami zaman bertukar-tukar pakwe, zaman dimana percintaan bertahun-tahun akhirnya kecundang semuanya, terdetik kat dalam hati nie. Mungkin betul apa yang makcik aku cakap selama nie, lelaki muda nie dia bukan serius mana pon dengan kita. Cakap kat mulut je konon nak jadikan kita yang halal, tapi effort dia ape? Pakai effort air liur je. Aku tak kata semua lelaki macam tu, aku maksudkan lelaki-lelaki yang pernah aku kenal (dengan harapan lelaki-lelaki kat luar sana tak hentam aku sebab aku memang nak hentam lelaki dalam entri nie pon hehehee) 

Firstly, aku nak cerita sikit lah pengalaman aku bercinta dengan pakwe yang umur hampir sebaya or dia tua setahun dua macam tu jelah. Korang tahu kan lelaki nie lambat sikit proses matang dia. Sebab tu aku tinggalkan semua pakwe-pakwe aku tu, sebab dorang tak matang (HAHAHA kejam kau mynn) Perangai macam budak-budak. Yang paling menyampah tu kalau macam gaduh sikit, then memang aku akan merajuk lama-lama, tak angkat call etc, bila dia dah give up pujuk, korang tau ape si pakwe tu buat? Dia text macam nie 

"Takpelah, doakan saya panjang umur & sihat selalu ye. Tiba-tiba kepala nie sakit pulak, mana tau esok lusa saya mati saya harap awak doakan saya :'(" 

Ini ape? Mintak simpati? HAHAHAHAHA buat aku makin menyampah adelah. Kadang-kadang ayat tu tak boleh blah. Ko nak mati ko punye pasal lah. Ape kena mengena dengan aku? Kan? Yang peliknya tu sebelum gaduh takde pulak sakit kepala dia tu? Asal gaduh je nanti mula lah cakap dia sakit lah, demam lah, rasa macam nak mati lah. Apehal? Dalam hati aku, "CHILDISH GILA".

Okay, itu pasal sikap mengada-ngada lelaki, yang aku nak cerita nie pulak pasal hormon dorang. Lelaki muda nie memang susah nak kawal hormon dorang. Ahh senang cerita nafsu dorang lah. Aku pernah terbaca satu fakta pasal lelaki kat dalam majalah, lelaki nie lebih cenderung memikirkan tentang seks dalam kepala diorang berbanding perkara lain. Okay, ini fakta eh. Lelaki jangan nak cuba menafikan. So, kalau bercinta dengan lelaki muda nie atau senang cerita lelaki baru nak naik,  korang paham-paham la ape yang dia nak kan? Okay, aku tanak cite panjang pasal nie. Berlainan pula dengan lelaki berusia nie, diorang lebih pandai kawal emosi, kawal perasaan, dan matang. Serius, aku pernah keluar dengan lelaki yang agak berusia nie, dan aku respek dia sangat-sangat. Even though we're sitting very close, he's never touching me. Okay, mungkin dia tu memang jenis lelaki baik non-pervert etc, ada jugak lelaki berusia nie makin tua makin gatal. Yang itu aku tak nak cerita lah. Okay, time dating dengan lelaki berusia nie, conversation kitorang mostly talk about experience, current issues, and advice words. Senang cerita macam daddy-daughter-talk. Kita pon respek je setiap butir apa yang keluar dari mulut dia. Cuba korang duduk semeja dengan pakwe korang yang sebaya tu, paling koman dia cerita pasal bekas makwe dia, cerita nak beli kereta macam nie, macam tu, itu belum dirty talk dia tu. Memang nak kena cili mulut tu. Well, bored huh?

Aku tanak cerita panjang tentang kelebihan pasangan lelaki berusia nie. Biarlah orang berpengalaman sendiri cerita. Aku suka blogwalking kat satu blog nie, dan baca kisah beliau (Klik utk baca Part 1) (Klik utk baca Part 2). Ye, beliau berkahwin dengan lelaki yang berusia! Dan bila aku baca kisah dia, hmm not bad jugak lelaki berusia nie. Semakin membuka mata dan hati aku untuk mencari lelaki berusia untuk dijadikan pasangan hidup aku. Well, sape lagi kalau bukan Fahrin Ahmad akuuuu. HAHAHAHA XD Jarak umur aku dan Fahrin 13 tahun, so abam Fahrin sayang, bila nak masuk minang Mynn? *buat muka comel*

Okay, sebenarnya ikut selera masing-masing lah. Mungkin ada yang selesa bersama lelaki sebaya, mungkin ada yang selesa dengan yang berusia. Takde masalah pon asalkan serasi, saling memahami. Seriously, aku dah tak pandang lelaki-lelaki 20-an nie, "SO NOT MY TASTE, GET OUT FROM MY SIGHT" *gaya gedik hahaha* So, kepada lelaki-lelaki di luar sana yang berumur 30++, salam perkenalan. hehh :D 

Sebelum aku tamatkan entry nie, aku nak share lah pesanan makcik aku. "Dalam kehidupan nie kita kena ada perancangan. Walaupun masih terasa diri tu masih muda lagi untuk pikir soal kawen, perancangan tu tetap kena ada supaya kita nampak goal kita masa depan nanti macam mana. Bila dah rancang, berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan tawakal kepada Allah swt"


p/s: LELAKI BERUSIA NIE ROMANTIK TAW :D






No comments:

Post a Comment