Assalamualaikum :)
Entry ini ditulis 2 minggu setelah menamatkan pembelajaran di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dalam major course Islamic Banking & Finance. Alhamdulillah, selama tiga tahun ni macam-macam benda yang aku belajar. Semester 6, adalah semester yang paling mencabar bagi aku. Semester 6 jugaklah yang paling banyak memberi kegembiraan, dan juga kedukaan. cehh, poyo siot ayat. Tapi, aku rase semester terakhir inilah yg banyak buat aku menangis. Macam-macam hal jadi pada diri aku, tapi telah terbukti yang aku mampu lakukan sehingga ke penghujung walaupun menerima seribu satu kebencian daripada segelintir orang.
Okay, aku tanak lah cerita pasal yang sedih-sedih tu kan. Yang dah lepas tu. biarkanlah. Benda tu jugalah yang akan memperkuatkan dalaman aku. Okay, seriously waktu-waktu macam nie aku rindukan kawan-kawan aku. Kenangan-kenangan sewaktu zaman belajar, memang bernilai. Teringat masa kesusahan dan keperitan dalam menyiapkan projek akhir bersama rakan seperjuangan. Stay up sampai lewat pagi, dalam keadaan kewangan yang tengah sesak, terpaksa keluarkan duit puluhan ringgit hanya untuk print laporan, print borang kaji selidik. Ada sampai satu tahap aku rasa macam dah give up, but finally we made it! Okay kat bawah nie gambar dengan team projek akhir aku iaitu ekin, wani dan zuhair. Korang memang daebakkk! :D
Now, setelah dua minggu terperap dok rumah, tibalah masanya untuk mencari pekerjaan. Zaman student telah berakhir, mari kita move on ke alam pekerjaan! Buat masa sekarang nie, aku nak kerja sementara kat mana-mana dulu. Setelkan dulu semua perkara yang masih tak setel, then baru cuba masuk bank. Mynn, hwaitinggg!
Antara kenangan kami. I miss all the moment :')
No comments:
Post a Comment