Friday, February 19, 2016

BANGKOK DAY LAST: Halal Thai Food in Sukhumvit, Jim Thompson House, Bus to DMK Airport

Klik sini untuk BANGKOK DAY 1
Klik sini untuk BANGKOK DAY 2
Klik sini untuk BANGKOK DAY 3 (PART 1)
Klik sini untuk BANGKOK DAY 3 (PART 2)

Hmm...malas betul nak habiskan cerita pasal Bangkok ni. Tapi aku akan gagahkan jua sebab aku nak total up expenses dari Day 1 sampai Day Last ni. So, hari last adalah hari yang paling menyedihkan. Kalau sebelum ni setiap kali pergi obersiii, hari kedua je aku dah terasa tak betah dan rasa macam nak balik Mesiaaa jugak time tu. Tapi trip ke Bangkok kali ni membuatkan aku rasa TAK NAK BALIKKKK. Si Syafiq pun macam tu. Dia pi marah aku kenapa pilih untuk stay Bangkok 4h3m saje. Why not semingguuu....Okay sayang, after this kalau kita datang Bangkok lagi kita stay 2 minggu terus okay? Tawaf semua shopping mall night market okay?


Sepanjang berada di Bangkok, dari first day dok bantai baryani/indian food je. Bosan gile. Terminal 21 tu dah macam second home sebab mostly memang makan situ je. 7e pulak dah macam 3rd home, keluar masuk beli susu Meiji dan kerepek kentang Lays. Promo masa tu 30 baht untuk 2 bungkus kerepek kentang Lays. Borong kerepek kentang yayy dappp gile


*Lays extra BBQ flavor pilihan sayaaa. Selpie ciked!



USMAN THAI MUSLIM FOOD


Setelah memujuk cik abam bahawa Mynn mengidam nak makan tomyam, awal pagi dalam pukul 10 kitorang pergilah ke Usman Thai Muslim Food Restaurant. Kedai makan ni memang femes dikalangan orang kita. Lokasi dia di Sukhumvit Soi 22, meanwhile my hotel terletak dia Soi 19, so tak jauh lahh (Soi tu maknanya "jalan" atau "lorong"). Naik je taxi dari hotel, cakap nak ke "Soi 22, Usman Halal Food" mostly dorang tahu (fares shud not more than 50 baht). Kalau naik BTS Skytrain sila turun di station PhromPhong, ambil exit 6, naiklah tuk-tuk ke untuk ke restaurant (kalau jalan kaki jauh jugak). As landmark, restoran ni betul-betul bersebelahan Imperial Queen's Park Hotel. Open from 10am until 10pm, tutup setiap Jumaat ye. Dan Usman ni jugak ada sediakan hostel, price range per night start dari 350 baht hingga 850 baht. Yang penting muslim friendly. Nak info lanjut tentang hostel dia bolehla contact melalui laman Facebook dia Usman Thai Muslim Food & Hostel.

*Kedai makan dia belah kiri, signboard kuning terang tu haa, kena jalan masuk lorong tu kedalam sikit. Sungguh tak berkenan mynn dengan wayar berselirat kat thai. Sakit mata tengok!



*Restaurant dia kecik je.


 *Last day kat thailand katekooo, haruslah order Thai Ice Milk Tea! 45 baht segelas.

*Heart-shaped rice OMGGG teruja



Kitorang ambik set yang untuk 2 orang makan, harga 300 baht tidak termasuk air ye. Ada steamed rice, Tomyam Koong, dan Fried Squid with Garlic. I totally lovesssss their food. Sedap sangat especially Fried Squid with Garlic tu. Tomyam dia pun pedas, banyak isi. Syafiq siap beli Usman Tomyam Paste 6 tin, tapi masa kat DMK Airport tak lepas immigration check, dorang nak buang tomyam paste tu dalam tong sampah. Tapi setelah pujuk merayu dorang cuma kasi bawak 1 tin je, yang lain tetap dimasukkan ke dalam tong sampah. Tsk tsk. Dah rugi. Satu tin tomyam paste tu berharga 80 baht. Tomyam paste tu dia buat sendiri okayyy, original recipe!

After done eating, we went back to hotel untuk packing stuff dan check out on noon. Since our flight are on night, so masa yang ada tu bolehla habiskan dengan jalan-jalan dulu. Tapi takkan nak berjalan sambil menyeret luggage? So, plannya macam ni:

-Naik BTS Skytrain dan turun di station National Stadium
-Jalan masuk ke MBK Center, cari lif, dan pergi ke Level 6
-Keluar dari lif, mesti terus nampak "Bag Deposit" counter.
-Simpan beg & luggage kat situ. Its FREE okayyy. FREEEE
-Masa operasi tempat simpan beg tu dari 11am sampai 9pm.


*Cr to owner. Ni lah tempat simpan beg free tu.



JIM THOMPSON HOUSE MUSEUM


So, untuk kill time aku ajaklah Syafiq untuk ke Jim Thompson House Museum. Meh la aku cite sikit Jim Thompson tu sape. Dia ni merupakan seorang bisnesman dari America yang dihantar ke Bangkok atas urusan kerja lalu jatuh cinta dengan keunikan dan culture Thailand. Dia ambil keputusan untuk bina rumah di Thailand sekitar tahun 1940s mengikut senibina Thai-house dan ada part-part interior dia yang dia masih kekalkan budaya barat nya. Dia kumpul segala patung Buddha, koleksi-koleksi barangan antik, artifak, pinggan mangkuk seramik etc. Dia juga membuka kilang kain sutera thai untuk didagangkan pada waktu itu. Dan pada tahun 1967, Jim Thompson telah pergi bercuti di Cameron Highland, Pahang dan MENGHILANGKAN DIRI!!! Sehingga sekarang misteri kehilangannya di Cameron masih tidak diketahui. So, rumah yang dibina di Thailand tu diambil alih dan dijaga oleh The James H.W. Thompson Foundation dan dijadikan tarikan pelancong.

Cara nak ke Jim Thompson House (JTH) ni kalau korang naik BTS, turun di station National Stadium dan ambil exit 1, bila dah turun escalator pergi ke arah belakang untuk ke Soi Kasem San 2. Don't worry lahh, ada je signboard tunjuk arah jalan ke JTH. Nanti korang akan jalan kat kawasan-kawasan perumahan, kawasan kondominium. Betapa bersyukurnya waktu tu Bangkok mengalami winter. Kalau tak berlecak jugak ketiak berpeluh sebab adalah dalam 6-8 minit berjalan untuk sampai ke sana. 



*Kat entrance dia.

Untuk dewasa, bayaran yang dikenakan 150 baht seorang. Masa beli tiket tu dia akan tanya kita nak guna guide dalam bahasa apa. Ada Thai, English dan Chinese speaker. Kita tak dibenarkan untuk jalan sendiri ye dalam tu, memang kena ada guide. Tapi sementara menunggu turn untuk masuk JTH tu, boleh je nak jalan sekitar JTH tu, selfie time ghaissss

*Awek-awek thai ni tunjuk demo pembuatan silk.

 *Muka terlebih nur cahaya puleksss...


Lets enter the garden yaww
But i think the garden biasa je. My father can make prettier garden than this!

While enter the house, camera is not allowed to bring. So memang kena tinggal dalam locker yang disediakan. Masa dalam rumah tu, memang kena well-behave habis lahh, since rumah tu rumah atas, derap langkah pun tak boleh ganas-ganas, nanti rumah bergegar. So kita ikut jelah gadis thai yang bakal guide kita tu, dia akan bagi penerangan di setiap section. Malangnya aku tak mampu nak paham english diaaaa. Sebab slang thai dia pekat sangat. Cakap english tapi bunyi macam thai i was like HEOLLL KAU CAKAP APE NI POMPUANNN?! Dah la dia cakap laju gila, macam keretapi. Jeles je akuuuu tengok guide yang lain, dorang cakap sebutir demi sebutir. Barulah hakakkk mampu nak paham. Hmmphh

Sepanjang tour kat JTH tu, i dun really like the environment. Bcz theres so much statue collection yang agak creepy. Ada beberapa patung batu takde kepala, takde tangan, gambar-gambar pelik. Haishh senang cerita aku memang tak suka museum lah. Lagipun terlalu banyak koleksi patung Buddha dia, dan i think each of them menyimpan pelbagai history dan misteri. Perasaan seram sejuk dan sayu aku rasa sepanjang ada dalam rumah tu. But one thing impressed me, senibina rumah tu memang cantik. My favorite part dia punya ruang tamu  ni...

*Ruang tamu open-air. Mesti syok lepak sambil ambik angin.



After finish the tour we're going back to MBK Mall. window shopping sat, dan minum-minum. Aku perhati tempat ni tak berapa best untuk shopping. Sebab macam lagi mahal. Ke sebab duit dah tinggal sikit? LOL. Ada satu level tu semua jual barangan kemas. Aduhhh....bling-bling bijik mata. 

 *Minum kat dunkin donut, nahh setepek muka Donat Mynn!

*Mine Honeydew, sedappppp!



AIRPORT BUS

Dalam pukul 5 petang we decide untuk gerak ke DMK Airport. Ambil luggage dulu kat level 6, then proceed ke BTS Skytrain. Dari station National Stadium kita kena ke station MoChit (jangan lupa buat interchange di Siam ye, ambil line "To Mochit"). Dah sampai station MoChit nanti sila ambil exit 3, turun escalator nanti nampak bus stop. Tunggu jelah sampai bas A1 atau A2 sampai. Fares ke DMK Airport 30 baht per person. Ride dalam 1 hour kot, depends on traffic. 


*Bye-bye Bangkokkkk. Next time i come again ya with a lottttt THB!



Total expenses for two person on Day Last:

Taxi fares : 100 baht (hotel-usman-hotel)
Brunch at Usman : 870 baht (include Tomyam paste 6 cans)
BTS Asok to National Stadium : 62 baht
Jim Thompson House ticket : 300 baht
7e : 60 baht
Dunkin Donut : 70 baht 
BTS National Stadium to BTS MoChit : 42 baht
Airport Bus fare : 60 baht
Tuna Subway : 200 baht
Buy medicine : 72 baht

Total Loss: THB 1836 

_____________________________


EXPENSES SUMMARY FOR BANGKOK TRIP:

Flight ticket: RM 1200 (bought twice)
Hotel: RM 450
Total loss Day 1: THB 837 (RM 97)
Total loss Day 2: THB 1894 (RM 229)
Total loss Day 3: THB 2590 (RM 312)
Total loss Day 4: THB 1836 (RM 221)

**Masa tukar duit RM ke THB dapat rate RM12.05=THB100.

TOTAL EXPENSES: RM 2509.00 (for two person)


*Flight balik dari Bangkok ambil time malam, make sure dok kat tepi tingkap. View Bangkok time malam sangattttt cantik kalau tengok dari atas. Macam kilauan jutaan emas. SERIOUSLY TERUJA GHAISSS



P/s: I think Bangkok is strategic place if you want to start to learn how to travelling since they have various place to visit, i mean EASY ACCESS via any kind of public transport. Go try huhh. Khap khun kap :)












2 comments:

  1. tq banyak info.. coz 1st time nak pi... hotel we olls nak redah jer cari...

    ReplyDelete