Tuesday, February 2, 2016

Bangkok Day 2: Chatuchak Market,MBK Center,Terminal 21,Soi Cowboy,Hotel Review

Klik sini untuk entry BANGKOK DAY 1
Klik sini untuk entry BANGKOK DAY 3 (Part 1)
Klik sini untuk entry BANGKOK DAY 3 (Part 2)
Klik sini untuk entry BANGKOK DAY LAST


Sawaddeekappp. Mynn kembali dengan kisah di Khrung Thep day 2. Orang tempatan panggil Bangkok dengan panggilan Khrung Thep ya. So, kalau ikut itinerary asal, awal pagi pukul 6 nak kena check out dari crappy room tu untuk menaiki train ke Lopburi pada pukul 7 pagi. 

Sebenarnya night before tu, adelah berborak-borak dengan Syafiq pasal trip ke Lopburi tu. Dia cakap "you naik flight yang 2 jam je pun dah bosan, inikan lagi nak naik train sampai 6 jam yang takde aircond tu, boleh keeeee..." Hahh dia memang memahami diri aku lebih daripada aku sendiri. Bilamana ada kat atas jalan, senangkata perkataan "on the way/on the road" memang aku akan bosan tahap petala 7. Lepastu dia mula la mempengaruhi dengan cadangan dia nak ke Chatuchak market (atau JJ market). Itinerary asal aku memang takde nak kesitu. Sebab alasan aku nanti kena jalan panas-panas. Oh my....princess tak nak jalan panas-panas dan bersesak-sesak. Tapi bila terbayang-bayang coconut ice cream, mango sticky rice yang femes kat JJ market tu, hmmpphh terliur. Malam tu bila terfikir nak kena naik train 3 jam pergi dan 3 jam balik hati aku dah goyah dah. Nak pegi Lopburi ke tak? 


-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-


Pabila pagi menjelma, hujan turun lah pulak. Kalau jalan kaki ke stesen keretapi memang basah kuyup woi walaupun payung ada. So nampaknya Mynn dan Lopburi tiada berjodoh. REMINDER, this sunflower field are in full bloom from November until January saje setiap tahun. Kalau korang gatal nak pergi selain bulan tu, korang nampak batang jelah. Bunga tak adhoooo. Cara nak pergi sila klik DISINI untuk rujukan. Ada orang yang pergi kata ada ulat besar-besar kat situ. Dia makan daun pokok bunga matahari tu. Okayyy, ini seram. Tak pergi pun takpelah Mynn. Kita photoshop gambar je okay? *pujuk diri sendiri*


*Yayyy dah sampai Lopburi :D

So pagi tu after hujan berhenti, kitorang check out dan jalan kaki ke HuaLamphong train station untuk simpan luggage aku kat situ dengan harga 50 baht. Nak terus pergi JJ market, malas nak seret beg tu kehulu kehilir.  


*Tak dapat naik keretapi, dapat bergambar depan stesen dia yang klasik tu pon jadilahhh.  


I personally loves MRT station bcz they have wider space kat platform dia. Kalau BTS station sempit gila woiii. Untuk ke JJ market (which is hanya dibuka pada sabtu & ahad sahaja 9am till 5pm) sila naik MRT ke station Chatuchak park. Since aku dari station HuaLamphong tambang 42 baht per person. 

P/s: Kalau guna BTS Skytrain sila ke Station MoChit untuk ke JJ market ya.


CHATUCHAK MARKET/JJ MARKET

*Look! Someone is happy with his winning-face sebab dia memang nak sangat ke Chatuchak

PASAR TU SANGAT BESAR OKAYYY. Before masuk market tu kat bahagian depan ada jual-jual makanan. Aduhh. Pagi tu dah la tak breakfast lagi. Memandangkan semuanya ada pork, so makan coconut ice-cream jelah mampu. Ya Allah terbayang-bayang lagi kesedapan coconut ice-cream tu. Lepastu hunting Ice Milk Tea pulak. Cup besar dalam 30 baht kot 1 cup. Ada jugak try beli Ice Milk Green Tea, Ice Cocoa dan Mango Juice. Senang cerita kat situ duit banyak habis beli air dan aiskrim kelapa. Huhu

*Coconut ice-cream murah je. dalam 30-45 baht.

*Thai milk tea dia gunakan banyak susu Carnation. Dats why kot sedap. Teh kat Mesiaa mostly letak susu pekat saje. 


Kat pasar tu dia divide-divide section ikut jenis jualan. Kalau macam satu lorong tu jual bunga, semua akan jual bunga. If jual women accessories, pun semua akan jual accessories. Tapi ade jugak section rojak. Kejap jual handbag, kejap jual jam tangan, then terselit pulak jual kraf tangan. Dress-dress ala kpop yang aku minat sangat banyak dijual dengan begitu murahnya. 100 baht sehelai. Tapi aku nak beli pikir 18 kali sebab tak boleh nak try kat badan kann. Badan aku ni pelik sikit, kadang baju tu nampak cantik, tapi bila dah sarung kat badan jadik rupa cam Patrick Starfish pulak. Hmm :( For me, yang paling mencabar adalah apabila anda sampai di food section Chatuchak. Dengan perut yang lapar. Haishhh!!!!

*Ni lah yang paling aku geramkan. Bukan telur tu! Yang atas tu. Kalau korang nampak benda alah gemuk dengan fries tu ianya adalah sejenis udang tempura yang digoreng dengan garing dan rangup. Mintak Syafiq belikan tetapi beliau berhujah "KALAU DIA GORENG TU GUNA MINYAK LEPAS GORENG BABI MACAM MANA?" lalu Mynn pun menangis tsk tsk bye-bye tempura...


Disebabkan terlalu banyak benda depan mata, lastly beli tiga benda je. HAHA. Gelang tangan 2 pcs, selipar dengan thailand pant. Kena berjimat cermat sebab baru hari kedua, jauh lagi perjalanan. Si Syafiq beli passport cover yang boleh customized letak nama dia. Comel je dia punya new passport cover. Tapi lupa nak ambil gambar. 

*Lebih kurang macam ni lah rupa passport cover tu. 100 baht sajeee. Cute kan? Tapi bila kat airport nak lalu Malaysian Autogate Pass tu, machine tak boleh nak detect passport. Kena bukak cover tu. Leceh okayyy

Bila dah nak dekat tengahari hujan turun pulak. Maka kami pun beransur lah pulang semula ke MRT dan kembali ke HuaLamphong station untuk ambil beg. Tak sempat nak explore satu Chatuchak perut dah menggila lapar. Ingatkan nak makan kat station keretapi tu je kat bahagian foodcourt dia, I spot some gerai yang ada tanda halal, but because tak yakin dengan hygiene dia, Syafiq suggest untuk ke MBK Center. Kononnya nak ajak makan kat Yana Restaurant yang teramatlah fofulerrr di kalangan orang Mesiaa tu. Naik tuk-tuk dari stesen keretapi tu ke MBK Center dengan tambang 100 baht. Dah la hujan, kena tempias-tempias air. SEJUKKK bak hanggg!!!

p/s: If nak pergi MBK Center dengan BTS Skytrain, sila turun di station National Stadium ya. 

*Yang tak tahu tuk-tuk tu ape, ni lah rupa natang tu. Siap boleh reverse macam kete. Huhu



MBK CENTER

Perut dah lapar gila kann, so masuk je mall terus ke Level 5. Biasalahh, plan memang selalunya bertukar kan, kitorang tak jadi makan di Yana Restaurant sebab nampak The Fifth Food Avenue Foodcourt yang tersangat meriah tu! Masuk je foodcourt tu dia akan kasi kad kat korang. Kiranya korang beli apa-apa dalam tu akan pakai kad tu jelah. Nanti dah habis makan time nak keluar tu baru pulangkan kad dan buat bayaran, Pastikan duit mencukupi ye. Karang sedap je order main swap-swap tiba kat cashier duit tak cukup. Basuh pinggan lah jawabnyaaa

*Yana restaurant ni berdepan je dengan foodcourt tu.

*Ni entrance dia. Anda bersedia nak ke syurga?


Aku spot ada 3 tempat halal kat foodcourt ni which is Jimbaran Bali, Ali Arabic Cuisine & Sultana. Aku dengan Syafiq dah macam orang gila tak tahu nak makan ape sebab banyak sangat. Yang bagusnya kat setiap stall tu dia akan display contoh setiap menu macam ni:

*Tinggal tunjuk je nak yang mana okay?



*Mandatory selfie!

 *Set up meja dia pun lawa. Tak macam foodcourt biasa yang kena cari sendiri utensils, meja berminyak etc. Setiap meja ada tissue box sendiri dan ada FREE WIFI muehehehe

Sebenarnya ada benda lawak terjadi kat sini. Syafiq order Prawn Fried Rice kat stall THAI FUSION CUISINE. Dia bersungguh cakap yang kedai ni halal, ada sign halal. Okay lahh. So dah sedap makan nasi goreng 140 baht (dalam RM 16 henggettt satu pinggan emm murahnya), si Syafiq ni pusing-pusing lagi nak cari takoyaki katanya. Then tetiba dia balik ke meja semula cakap yang stall Thai Fusion Cuisine tu TAK HALAL SEBENARNYA!!! SIGN HALAL TU RUPANYA MILIK STALL JIMBARAN BALI YANG MANA IA BERSEBELAHAN JE DENGAN THAI FUSION TU. Dia kemain gelak sebab salah tengok katanya. Okay dengan gelabahnya aku pegi la stall Thai Fusion tu nak tengok dalam menu dia ada pork ke tak. So bila aku tengok-tengok fuhhhhh selamat dia takde serve pork dalam hidangan. Dan nasib baik juga kitorang makan yang prawn. Kalau makan yang chicken EUWWW MAKAN CHICKEN TAK SEMBELIHHHH


Lepas habis makan, exit dari MBK Center kitorang jalan kaki ke BTS Siam. Sebenarnya boleh je naik di BTS National Stadium, tapi nanti leceh nak kena buat interchange di Siam station. Tak jauh pun jalan kaki. 

*Spot wajib ambil gambar! Kat tangan tu pegang ice cream mcd. hehe




HOTEL REVIEW: SAM'S LODGE

Dari BTS Siam ke BTS Asok 28 baht per person. Exit je dari BTS Asok tu jalan menghala ke entrance Terminal 21 Shopping Mall tu dan jalan ke dalam lagi sikit nanti jumpa lah Sam's Lodge. Refer map bawah ni. 


Book hotel ni guna Agoda dan aku buat pilihan yang bijak dengan memilih hotel ni sebab dekat gila dengan Terminal 21. Jalan kaki ke skytrain pun 3 minit je. Kiri kanan banyak 7e dan kedai massage. Dapat flash deal di agoda dengan harga RM332 for two night & two rooms. Proses check in pun mudah dan cepat je. Receptionist dia mamat Singh dan very friendly.


Info: Cuma twin-bed room saje yang ada tingkap ye. Double room semua takde tingkap. Dan hotel ni juga tiada bilik untuk single. Bilik dia okay lah, selesa. Siap dengan peti sejuk kecik, water kettle, english channel TV, free toileteries, free drinking water, daily housekeeping, safety box, dan hotel ni ada elevator ye. Tak perlu susah-susah panjat tangga. Nak book boleh klik DISINI.





TERMINAL 21

On night we decide untuk makan di Terminal 21 saje. Cuma ada satu je stall halal je di bahagian foodcourt dia which is they only serve Indian food. Before cite pasal makan meh nak cite pasal Terminal 21 shopping mall ni. Ni bukan typical shopping mall macam biasa, mall ini akan membawa anda ke setiap pelusuk negara dan bandar yang terkenal di bawah satu bumbung! Sebenarnya setiap floor dia bertemakan bandar-bandar seperti Rome, Paris, Tokyo, Istanbul, Hollywood, etc. Tak shopping pun takpe. Cuci mata je kat setiap floor tengok theme dia yang unik tu. Sure its instagram-worth for selfie! Hehe :D



Let's see the toilet ghaisss. Mohon tidak jaw-drop:
*Masuk toilet tema Rome ni aku jadi biol sikit sebab banyak sangat cermin.

Untuk ke foodcourt sila ke level 5th San Francisco dan cari stall Bismillah. Tu jela satu-satunya yang halal tapi seriously MURAH GILAAAA. Starting harga for Thai Baryani Chicken 35 baht je. For beverage selection pun murah-murah kat situ. Ice Milk tea, Ice Cocoa, 25 baht je satu cup besar. Memang share jelah air dengan Syafiq sebab aku ni bukan jenis minum air sangat lepas makan.







*Kalau perasan yang kat sebelah teh ais tu Steamed Bun with Pandan Custard. Sedappppp! 25 baht je satu pinggan. Pandan custard tu sebenarnya kaya. Huhu

*Mango sticky rice 80 baht. Kedekut pulut! Biji mangga pun dia letak sekali. Hmmphh


_______________________________________



1) Cara nak beli food kat sini kita kena pergi ke kaunter ni

2) Then kasi la amount beberapa ratus baht kat orang kaunter tu untuk ditopup masuk ke dalam kad ini

3) So dalam kad tu ada terdapat nilai duit kita. Macam touch n' go. Dah order food, kasi kad kepada orang kedai untuk di deduct amount duit dalam tu



Since kad tu kitorang akan gunakan lagi untuk makan keesokan hari, we didnt return the card. If ada baki duit dalam kad, boleh pergi semula ke kaunter untuk refund. Alhamdulillah kenyanggg :)


SOI COWBOY

Masa untuk Syafiq cuci mataaaa. HAHAHA. Tempat ni juga dipanggil Red Light District dimana terdapat deretan bar dan ayam-ayam thai jual badan. Pondan pun bersepah oii. Tapi ayam-ayam ni memang takkan kacau lelaki yang datang dengan partner. But if lelaki datang without partner kemain liuk lentok melambai-lambai nak ajak ehem-ehemmm! No photo to share sebab dorang ni memang pakai lingerie saje, dok depan bar ramai-ramai tayang body. Kitorang pusing sekali je lepastu terus balik hotel sebab malam tu suhu drop gila. Sejuk beserta angin kuat. I wondered how those girls can survive dengan tak pakai bajunya sejuk-sejuk macam tu. Syafiq kata diorang tu minum arak, thats why body panas je. Betul ke?


So, total expenses two person for Day 2:

Luggage storage : 50 baht
MRT fares : 168 baht
Coconut ice cream : 70 baht
Drink : 100 baht
Shopped at JJ : 500 baht
Tuk-tuk fare to MBK : 100 baht
Lunch : 320 baht
Ice-cream Mcd : 40 baht 
BTS Skytrain fare : 56 baht
Dinner :400 baht
7e : 90 baht

Total loss Day 2 : THB 1894



Tamatlah kisah Day 2 di Bangkok. Stay tuned for Day 3 update ya. Bye!





No comments:

Post a Comment